Monday, April 2

I'm just tired. That's all.

#Assalamualaikum. Saya datang nak sapu habuk dekat blog empunya diri ini.


Saya penat. Saya bukan sahaja penat layan Abang PMR kesayangan saya ini, saya penat juga dengan aktiviti sekolah. Saya pun taktahulah sekolah saya ni sekolah ataupun tidak. Banyak sangat aktiviti dekat sekolah. Tapi, saya tahu nak release tension saya selain menghadap MukaBuku ataupun menghadap paus biru (Twitter) kalau dah terlebih tweet limit. Kfine. Saya jadi gila sekejab.


Tapi sejak kebelakangan ini, saya mula merasakan firasat hati yang berbaur tidak menyenangkan. Walaubagaimanapun, saya cuba elakkan bersikap buruk sangka kepada orang lain. Saya tahu saya kena sedekahkan senyuman dan bergembira tetapi. . . . Entahlah. Mungkin, saya patut kawal diri saya daripada terus menjadi seorang yang bertindak mengikut hati.


Argh. Tapi saya rasa sakit hati. Faham? S.A.K.I.T. H.A.T.I. Mungkin inilah cabaran baru saya untuk tahun 2012. Aduhai, kenapa aku terlalu berfikiran sebegitu? Buang! Buang! Saya tak perlukan sifat negatif dalam diri saya yang satu itu. Yang paling penting sekali, saya kena fikirkan tentang pelajaran saya daripada dihantui oleh masalah yang boleh dikatakan. . . remeh?
Saya sayang orang yang baca entry saya !

3 comments:

  1. Tolak tepi masalah yg remeh tu dan fokus pada pelajaran . Mungkin masalah itu tidak ada pada mulanya tp hadir kerana syak wasangka . Saya tak tau apa masalah Azzah tp satu saya boleh pesan , muhasabahkan diri anda , nescaya jalan penyelesaian akan muncul dgn sendiri :)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih awak (: Insyaallah saya dapat hadapinya dengan lebih rasional.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaALLAH awak mampu sbb awak seorang yang kuat . All the best okay :)

      Delete

Berani kerana benar , takut kerana salah .