Wednesday, March 21

Take you away . . ?

La Tahzan

Manik jernih berjujuran
lambang kekuatan bisu.
Andai nyawa selamat tanpa bahaya
hidup ini kosong tiada pengisian
kisah getir yang bisa goncangkan diri.

Kalau lidah tidak bertulang
sudah mampu membunuh hati manusia,
Akal di kepala muram dibiarkan dek nafsu sendiri.

Mata sayu menikam lantai 
terasa sesal dan hiba dapat dikukuhkan
Digigit bibir yang sudah digores
sekian lama menjadi insan sempurna sabarnya.

Seyogia itu,
maslahat dunia ini terlalu banyak
serta berlimpah-ruah untuk dinikmati.
Sehinggakan berkongsi satu hati yang lain warna asalnya.
Walaupun bercanggah rasa, 
keredhaan Tuhan adalah rebutan kita.

Izharnya ,
la tahzan wahai sahabat.
Walaupun kau sudah kehilangan harta,
walaupun kau sudah tiada teman menemani,
walaupun tiada yang mengerti,
walaupun penyajak tersilap langkah kata,
la tahzan.

Silapnya itu datang daripadaku,
sempurnanya itu datang daripada Allah.
Maafkan aku, sahabat .

Saya sayang orang yang baca entry saya !

No comments:

Post a Comment

Berani kerana benar , takut kerana salah .