Serikandi Cilik



|Twitter|Facebook|Second Blog|Fanfic Blog


Gadis bertudung hitam (selalunya) ini digelar Azzah Jimee ataupun Ran kerana sesetengah juniornya memanggilnya sebegitu kerana terlalu obses akan 'Detective Conan' . Namun begitu , dia tetap setia kepada kekasih imaginasinya iaitu Sherlock Holmes dan Shinichi Kudo . Ya , saya tahu gadis ini sangat tamak orangnya HAHA 

Pengawas a.k.a. mawas ini bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford , Kuala Lipis . (Gilo ke nak duduk Sekolah Clifford dekat Kuala  Kangsar sorang-sorang ? Minta simpang sajalah ! Sekolah itu untuk lelaki saja -.-) Seorang yang sangat mencintai sastera . Tidak kira Bahasa Melayu , Bahasa Inggeris malah , Bahasa Arab , dia mampu melakukan kerja sekolahnya dengan lebih efektif walaupun dalam peperiksaannya tidak cemerlang mana pun . Dia tahu asalkan dia ikhlas dalam berlajar dan semuanya dia lakukan adalah untuk Allah . 

Seorang yang amat gila dan agak jatuh cinta kepada Geografi . Dia mewarisi minat ayahnya yang kini merupakan seorang geologist . Dia ingin menjadi seperti ayah kesayangannya . Selain itu , gadis ini terlalu cintakan muzik dan amat obses akan piano berwarna putih . Matlamatnya untuk dapatkan sebji ! HEEE 

Anak ibu yang suka akan masakan umminya tercinta dan peminat milo tegar . Boleh juga dia menjadi klon ibu mengandung kerana terlalu mengidam akan jeruk betik . Ya , memandangkan pada tahun 2012 ini secara automatik dia menjadi seorang calon PMR , dia perlu mengawal nafsu makannya sebelum syahwat perutnya mula membara . 

Setiap perjuangan yang dilalui seorang serikandi ini dapat mematangkan fikirannya . Harapan besarnya adalah dia mampu memperhiaskan dirinya dengan lebih baik dan indah sebelum dia bertemu dengan Maha Menguasai . Insyaallah .

Saya sayang orang yang baca entry saya !