Thursday, March 8

Biarlah.

Saya bukan nak kata apa tetapi masa yang berlalu tak perlulah nak dikenangkan kembali . Cukuplah saya dapat pengajaran disebalik kejadian tersebut . Saya mengaku saya juga seperti remaja lain yang punya hati dan perasaan kepada seseorang yang berlawanan jantina dengan saya dan pada waktu yang sama , saya ada niat juga untuk berubah kepada yang lebih baik . . .


Saya tak faham . Kenapa nak pertikaikan diri saya dengan masa lalu saya ? Inilah saya yang baru . Saya nak jadi lebih baik dan pada waktu yang sama saya jadi ceria seperti yang ada pada diri saya yang dulu itu juga . Saya tak kisah asalkan saya tumpukan pelajaran saya dahulu . Saya tahu sekiranya saya cuba menjaga diri dan maruah saya dengan sebaiknya , insyaallah akan ada seseorang yang sempurna buat saya untuk dijadikan . . . . . . tak sampai hati nak sambung HAHA .


K . Saya cakap perkara serius . Saya suka berfikiran jauh . Tetapi untuk kebaikan saya , bukan keburukan saya alami nanti . Cubalah faham perasaan saya . Mungkin disebabkan saya selalu cakap dekat kawan-kawan saya : "Aii taknak pakwe , aii nak suami jee . . ." itu membuatkan orang lain asyik bertanya itu dan ini . Saya tetap dengan pendirian saya . Saya taknak jadi seperti lalang yang berbuai ke sana ke sini apabila dipukul angin walaupun tidak sekuat mana pun . 


Mungkin orang lain fikir itu adalah remeh tetapi bagi saya amat besar nilainya . Nilai kepada seorang gadis seperti saya .
Saya sayang orang yang baca entry saya !

3 comments:

  1. Assalamualaikum :)
    Kenapa ni Cik Azzah ? Ada masalah besat je Sha tgk ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam . Yup . Tapi saya tak bersedia hendak ceritakan kepada sesiapa :) Jangan risau , semuanya akan berjalan lancar . Terima kasih awak :)

      Delete
    2. Sabar ! Tenang ! Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya :)

      Delete

Berani kerana benar , takut kerana salah .