Saturday, March 10

Uhibbu.

Uhibbu bermaksud saya cinta . Saya cinta akan Allah , Rasul , ibu , ayah , adik-adik , bibik , kawan-kawan , guru-guru , blogger terutama geng BBB dan ramai lagi ! Cikgu sekolah rendah saya selalu cakap bertemu dan berpisah adalah adat manusia . Saya dulu manalah nak fikir secara mendalam tentang hal sebegini . 


Tapi bila saya kenangkan balik sewaktu saya darjah 6 , saya merasakan kami satu batch ibarat satu keluarga . Sentiasa tolong-menolong antara satu sama lain . Selain itu , saya dengan kawan-kawan solat hajat dan solat sunat witir ramai-ramai (duduk asrama) . Selain itu , kami ada juga buat usrah . Best sangat !


Tapi sayang , ramai kawan rapat saya telah pergi kerana dapat peluang menimba ilmu lebih baik namun , saya tetap menghubungi mereka . Ya Allah , aku rindu kepada mereka . Kirimkan salamku kepada mereka , Ya Allah . Kawan-kawan saya yang kini hanya buat haluan masing-masing . Saya bukan nak kata saya terpinggir tetapi suasana tidak sama seperti dahulu . Saya rindu suasana tersebut . Saya rindu . . . .


Tetapi , saat yang paling menarik dimana , dalam masa tiga hari dua malam , saya berada bersama orang yang asing dan saya sudah anggap keluarga . Sememangnya Allah Maha Hebat sebab Dia mencurahkan ikatan perhubungan sesama kami walaupun singkatnya masa itu . Saya akui sedih sangat tinggalkan kem yang saya terlibat itu . Saya rindu akak-akak facilitator , akak-akak yang sentiasa beri pengajaran kepada saya , adik-adik yang comel menghiasi hari saya dekat sana . Suasana di sana sama seperti saya sewaktu saya darjah 6 . Saya rindu sangat-sangat . Saya harap suasana sebegini datang lagi . 


Ana uhibbu Kem Super Aulad . Semoga kita dapat berjumpa lagi , sahabatku . . .



Saya sayang orang yang baca entry saya !

No comments:

Post a Comment

Berani kerana benar , takut kerana salah .