Sunday, March 4

Tips sebelum exam.


Heyy guys , I want to share something with you (~^O^)~


Sehari sebelum peperiksaan.
Kita kena sediakan alat tulis untuk peperiksaan esok harinya . Susah pula nanti barang tak cukup . Kawan dekat sebelah mesti tension sebab barang dia kita pinjam . Preparekan diri anda ya ! Selain itu , cuba tidur awal . Tak perlulah study sampai tengah malam . Tension saja nanti . Dikhuatiri mengantuk pula waktu mengambil peperiksaan nanti .


Pada hari peperiksaan (pagi).
Cubalah bangun awal sikit . Kalau nak lagi best buat solat hajat ke ataupun solat tahajjud ataupun solat-solat sunat yang lain ke . Barulah ada semangat dan ketenangan sebelum ke sekolah . Lagi satu , cubalah disulami ibadah kalian dengan membaca Al-Quran ataupun berzikir kepada Allah . Bukankah lebih afdhal ? Yang penting , solat subuh jangan lupa pula nak buat ya !


Sebelum peperiksaan.
Letak peralatan tulis anda dekat atas meja dan cubalah usya sikit nota ringkas anda (sebagai refresh saja , tak payah nak study lebih . Sapa suruh study last minute ?) . Then , duduk diam jangan bercakap dengan member . Daripada asyik berbual kosong lebih baik diam saja . Seperti disabdakan oleh Rasulullah :


"Barang siapa yang benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhirat , hendaklah dia berkata benar ataupun diam saja."
Hadis Riwayat Al-Bukhari Muslim


Semasa peperiksaan.
Jawab dengan tenang sewaktu peperiksaan . Jangan sesekali untuk cuba MENIRU kerana Allah nampak segalanya yang anda lakukan . Cuba bayangkan kejayaan kita dapat itu datang daripada hasil meniru , adakah kejayaan dan usaha kita akan diberkati ? Nauzubillah , harap dijauhkan . Di samping itu , sebelum buka kertas soalan , bacalah doa penerang hati . Moga apa yang kita study masuk dalam kepala kita dan senang menjawab soalan nanti . 


Selepas peperiksaan.
Kalau dah pasti dan yakin jawapan yang kita dah buat , hantar kertas soalan kepada guru . Selepas itu , jangan berkumpul dengan member yang bincang pasal jawapan kertas soalan yang anda baru jawab sebentar tadi . Hal ini akan menyebabkan anda jadi resah dan takut tidak dapat markah yang cemerlang dalam subjek tersebut . Saya sarankan usya nota ringkas untuk subjek seterusnya . So , jangan tension-tension ok :>


Ok . Itulah antara tips yang saya boleh beri . Ada sesetengahnya saya buat dan ada sesetengahnya saya dapat dalam majalah dan belum cuba nak buat HEHE . Jadi , yang baik jadikan tauladan yang buruk jadikan pengajaran . Kepada pelajar sekolah , good luck untuk esok . Saya tahu kebanyakkan sekolah ada Penilaian 1 esok bukan ? Insyaallah kalian boleh lakukan :> Baiklah setakat ini sahaja assalamualaikum *Sains . . . I'm coming*


nota muzik : Seminggu selepas exam = Layan MPH and Popular Book serta Secret Recipe ! :3 *eksaited*
Saya sayang orang yang baca entry saya !

No comments:

Post a Comment

Berani kerana benar , takut kerana salah .