Saya tak faham . Kenapa nak pertikaikan diri saya dengan masa lalu saya ? Inilah saya yang baru . Saya nak jadi lebih baik dan pada waktu yang sama saya jadi ceria seperti yang ada pada diri saya yang dulu itu juga . Saya tak kisah asalkan saya tumpukan pelajaran saya dahulu . Saya tahu sekiranya saya cuba menjaga diri dan maruah saya dengan sebaiknya , insyaallah akan ada seseorang yang sempurna buat saya untuk dijadikan . . . . . . tak sampai hati nak sambung HAHA .
K . Saya cakap perkara serius . Saya suka berfikiran jauh . Tetapi untuk kebaikan saya , bukan keburukan saya alami nanti . Cubalah faham perasaan saya . Mungkin disebabkan saya selalu cakap dekat kawan-kawan saya : "Aii taknak pakwe , aii nak suami jee . . ." itu membuatkan orang lain asyik bertanya itu dan ini . Saya tetap dengan pendirian saya . Saya taknak jadi seperti lalang yang berbuai ke sana ke sini apabila dipukul angin walaupun tidak sekuat mana pun .
Mungkin orang lain fikir itu adalah remeh tetapi bagi saya amat besar nilainya . Nilai kepada seorang gadis seperti saya .
Assalamualaikum :)
ReplyDeleteKenapa ni Cik Azzah ? Ada masalah besat je Sha tgk ?
Waalaikumussalam . Yup . Tapi saya tak bersedia hendak ceritakan kepada sesiapa :) Jangan risau , semuanya akan berjalan lancar . Terima kasih awak :)
DeleteSabar ! Tenang ! Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya :)
Delete