Thursday, February 9

Penyambung perjuangan kekasihNya.

"Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya."
Al-Ahzaab ayat 56

Alhamdulillah sambutan Maulidur Rasul di sekolah saya berjalan dengan lancar . Saya sendiri sememangnya menunggu hari ini untuk menyambut bersama-sama kawan dan guru saya di sekolah . Insyaallah , petang ini saya ingin pergi ke surau kawasan perumahan saya kerana ada tazkirah tentang Maulidur Rasul . Tak sabar rasanya .

Tetapi kadang-kadang saya terfikir , sepanjang kita menyambut kelahiran baginda , apakah contoh dan teladan yang baik kita boleh ambil untuk menjadi peringatan kepada diri kita sepanjang hayat ? Ya . . . . Kadang-kadang , saya rasa kosong . Tiada pengisian yang penuh penghayatan dalam hati .

"Dan jauhkanlah diri dari orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai permainan dan hiburan, dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia dan peringatkanlah (mereka) dengan Al-Quran itu supaya tiap-tiap diri (di akhirat kelak) tidak terjerumus (ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang ia telah usahakan (dari perbuatan yang buruk dan keji). Tidak ada baginya pelindung dan tidak juga pemberi syafaat yang lain dari Allah. Dan jika ia hendak menebus (dirinya) dengan segala jenis tebusan, (nescaya tebusan itu) tidak akan diterima daripadanya. Mereka itulah orang-orang yang dijerumuskan (ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang telah mereka usahakan. Bagi mereka disediakan minuman dari air panas yang menggelegak, dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya, disebabkan mereka kufur ingkar (semasa hidupnya)."
Al-An'aam ayat 70

Seorang yang taat kepada Allah dan mengikut sunnah Rasulullah adalah seorang serikandi yang hebat (bagi perempuan) . Jihad itu sangat luas . Menuntut ilmu juga merupakan jihad kita ke jalan Allah . Tanpa umat Islam yang berilmu , siapa lagi mahu menegakkan Islam selain daripada Rasulullah yang telah lama pergi meninggalkan kita yang hidup pada akhir zaman ?

Dimana umat Islam ? Mengapa mahu menjadi seperti buih di lautan ? Hanya timbul dan hilang semula ? Mengapa biarkan diri kita terus dinodai oleh tipu daya dunia yang hanya membawa kelalaian ? Sedangkan Rasulullah yang merindui kita sebagai umatnya bermatian-matian menegakkan syiar Islam ? Bukankah itu tidak ubah seperti kacang lupakan kulit ? 

Andai satu saat itu ada yang berhenti sebentar membuat bising di belakang dewan dan mendengar sahabat kita cuba menceritakan tentang Rasulullah , saya rasa sangat bersyukur dan terharu kerana masih ada yang mengingati baginda . Walaupun sahabat kita tergagap-gagap dek gemuruh bercakap depan penonton , tetapi pengajaran yang dia lontarkan sangat bermakna kepada kita . 

Jadi , marilah kita munasabah diri . Tak perlu kita ketawa dan menjadikan seseorang yang menyampaikan perkara yang benar itu bahan lawak .  Seperti yang disabda oleh Rasulullah :

"Sampaikan dariku walau sepotong ayat !" (HR  Bukhairi)

Tak lawak pun sebab itu merupakan pesanan daripada baginda . Jadi apa tunggu lagi ? Mari kita menyambung perjuangan kekasih Allah yang mulia ini walaupun kita tidak pernah bersua dengan baginda .

nota muzik : Adik pergi solat jumaat , kakak kenalah hidangkan makanan :D 

Saya sayang orang yang baca entry saya !

2 comments:

  1. sy ske entry awk....tq ea utk entry yg bergne nie..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih :D Entry saya buat ini juga pengajara untuk diri saya juga ^^

    ReplyDelete

Berani kerana benar , takut kerana salah .