Saturday, January 14

The Best And Bad For Me Waktu Cuti.

The best for me waktu cuti bila . . . 
Aku dapat bangun pagi untuk Solat Subuh sebelum jam loceng kejutkan aku dengan keramat lagu omputeehhh (nak tukar , tapi tak tertukar-tukar lagi). Baru bersemangat nak bangun awal untuk mulakan hari yang baru dengan senyuman yang manis sekali . 

The bad for me waktu cuti bila . . . 
Aku bangun dengan tiba-tiba and tengok matahari dah terpacak dekat atas kepala . Mulalah buat operasi mencari henset torchlight itu . Tengok-tengok , dah pukul 9:30 pagi . Dush ! Aku terlepas subuh #rosakmood. Moral of the story , letaklah 10 jam loceng dekat dalam bilik . Gerenti bangun HAHA. Yang paling penting , indahkan harimu dengan menunaikan Solat Subuh . Perkara wajib tu !

The best for me waktu cuti bila . . .
Pagi-pagi dah start buka buku dan buat kerjasekolah sambil minum air milo ais . Layan cekelat kinder bueno pun boleh juga . Bilik pun bersih dan kemas . Senyap tak ada bunyi . Mood berlajar aku makin membara . Tenang saja . Just dengar lagu piano soft dekat dalam lappy saja . Tup-tup , kerjasekolah dah siap . #tepuktangan.

The bad for me waktu cuti bila . . . 
Lepas sarapan , aku tengok adik-adik dah main baling-baling bantal dalam bilik aku sampai bilik aku jadi macam kapal pecah . Si kakak yang sangat prihatin ini mulalah sesi melepaskan das tembakan bebelan kepada adiknya yang semakin menyampah itu lalu keluar dari bilik . Aku pun buka kerjasekolah dan dengar jiran sebelah buka lagu rock . Adik bising dekat luar . Argh ! Serabut ! Keadaan bising tambah bilik bersepah . I pun tutup buku latihan dan terus buka MukaBuku . Buat hari Ahad malam Isninlah gamaknya . Moral of the story , bacalah doa sebelum berlajar . Biar dapat berkat sikit . 

Semuanya tentang berlajar , ulangkaji , ulangbaca dan ulangtayang . Saya nak mood berlajar saya semakin lama semakin membara . Saya perlu rajin walaupun waktu cuti Raya Cina akan menjelma pada minggu lagi satu . Oh ya ! Saya ada merentas desa minggu hadapan . Semoga rumah CTL (rumah hijau) menang macam tahun lepas ! Amin . 

nota muzik : Thanks Atirah comel bagi inspired nak edit belog kita ni :D 

Saya sayang orang yang baca entry saya !

2 comments:

  1. lol rasanya x perlu ltk 10 jam loceng..klau kta sdh niat sblum tdur untuk bngun subuh mest bangun punya..anywy,i like ur blog..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheehe . Betul-betul . Saya setuju ((: btw , thanks !

      Delete

Berani kerana benar , takut kerana salah .