Sunday, January 15

Anugerah.

Semua orang di dunia kebanyakkannya suka merungut dengan apa yang mereka ada . Kalau boleh mahu sekacak Aaron Aziz . Yang si perempuan pula kalau boleh nak secomel Najwalatif *uhuk uhuk* . Tak salah ok nak jadi comel dan kacak ya , tetapi janganlah melampau sampai melanggar syariat agama contohnya pakai botox ke , pakai susuk ke dan lain-lain yang boleh membuatkan kita melanggar apa yang telah dilarang .


Tetapi kita kena ingat , setiap manusia pasti akan ada kelemahan dan kelebihan dia tersendiri . Ada sesetengah orang dia dianugerahkan otak yang sangat bijak dalam hal logik . Sekali cikgu ajar , dia boleh faham dan berapa bulan dia tinggalkan pelajaran itu pun dia boleh lakukan yang terbaik . Ada sesetengah orang mampu menulis dan mengarang sebuah cerita yang sangat menarik . Cikgu bagi apa-apa karangan pun dia mampu lakukan . Senang cerita , bahasa adalah subjek senang baginya . Ada sesetengah orang memang dilahirkan seorang yang mempunyai suara yang lunak . Kalau menyanyi , mampu hampir setanding dengan Siti Nurhaliza .


Persoalannya sekarang ini adakah kita menggunakan anugerah yang Allah berikan itu sebaik-baiknya ? Adakah kita guna nikmat Allah dengan perkara sia-sia ? Adakah dengan otak bijak kita ini kita gunakan untuk mengira wang rasuah ? Adakah penulisan kita yang sempurna ini digunakan untuk mengaibkan orang lain ? Adakah suara kita yang 'mahal' ini 'dijual' sesuka hati kepada orang lain terutama kepada lelaki ajnabi ? 


Hidup yang kita lalui pasti akan ada sesuatu yang kita diuji . Tidak kira dari segi harta , pemikiran dan juga anugerah yang diberikan ini . Allah mahu menguji kita sejauh mana kita mengingati Dia . Perlukah kita berbangga dengan kelebihan yang kita ada ini sedangkan semua itu cuma sementara ? Allah boleh menarik anugerah itu dalam sekelip mata . 


Antara nikmat yang kita boleh nampak secara zahir adalah tubuh badan yang kita ada ini . Adakah kita gunakannya sebaik-baiknya ? Adakah kita guna untuk ke jalanNya ? Sedar ataupun tidak bahawa tubuh ini juga akan menjadi saksi kepada segala perbuatan kita di Akhirat kelak ? 


Wallahualam . Lihat ! Allah begitu sayangkan kita dan terlalu banyak nikmat yang kita dapat di atas muka bumi ini . Tidak ada sekelumit rasa syukur kah ? Mengapa perlu merungut perkara yang semestinya kita sudah ada ? 
Saya sayang orang yang baca entry saya !

No comments:

Post a Comment

Berani kerana benar , takut kerana salah .