Wednesday, January 11

Terasa.

Assalamualaikum . Ya , harini baru saya terbuka pintu hati untuk mengupdate blog . Selalu tengok saja blog yang dah nak makin bersawang . Kalau dibiarkan , nanti jadi macam rumah hantu pula . Takda siapa nak datang jenguk T_T 
Alhamdulillah , semakin hari mood untuk pergi ke sekolah saya semakin membara . Almaklum nak PMR tahun ini , jadi saya kena buang sifat malas saya . Saya kena bersemangat ke sekolah untuk berlajar . Paling penting , saya berlajar semua fardhu 'ain dan fardhu kifayah kerana ALLAH :) Ofkos niat kena betul bukan ?
Baiklah kembali kepada tajuk entri hari ini . Sejak kebelakangan ini , saya cepat terasa hati . Saya taktahu kenapa hati saya ini fragile sangat . Maybe , saya tak pandai jaga hati saya sendiri . Saya terasa dengan anda dalam banyak-banyak kawan anda , anda unfriend saya . Sebenarnya saya tak kisah pun anda nak unfriend saya ataupun tidak , tetapi seolah-olah saya dah buat sesuatu yang menjengkelkan anda . Maafkan saya , saya tak faham kenapa jadi sedemikian . Boleh jelaskan apa terjadi ? Insyaallah saya tak melatah .
Tetapi dah banyak kali anda unfriend saya dan membuat saya amat amat terasa hati . Saya tahu saya tak patut terasa tetapi itulah hakikatnya . Saya nak kita jadi rapat sebagai sahabat . Insyaallah sahabat sampai ke Syurga . Saya nak tepiskan rasa kecil hati . Saya tahu anda buat mesti bersebab . Tapi saya dalam tertanya-tanya . Saya nak cuma penjelasan . Nanti awak kasitahu ya :D
HEHE . Itu sahaja kot . Kepada yang dah buat begitu kepada saya , sila jelaskan kepada saya ya . Hohoho . Baiklah , rasanya selepas ini saya mungkin tak update blog rasanya dalam setahun ini . Saya ada buku jurnal sendiri . Bukan DIARI . Selepas PMR , orang pertama yang saya nak bagi baca adalah ibu saya (: Orang lain ? Tengoklah dulu kalau terbuka hati nak bagi baca ke tidak HAHA . 
Baiklah setakat ini sahaja , saya harap kita dapat bertemu lagi di lain entry . Kalau pintu hati terbuka lagi nak update , saya akan update . Insyaallah . Assalamualaikum . Saya ada kerjasekolah yang perlu diselesaikan . 
nota muzik : Kalau ditakdirkan saya masuk Syurga , saya taknak masuk sorang-sorang . Saya nak kawan saya ikut saya sekali masuk ke Syurga :)

Saya sayang orang yang baca entry saya !

No comments:

Post a Comment

Berani kerana benar , takut kerana salah .