Tuesday, December 13

Andai esok . . .

Assalamualaikum . Ya . Itulah ungkapan paling utama dalam setiap pertemuan . Pertemuan yang akan menjalinkan satu ikatan ukhwah sesama saudara Islam . Baru-baru ini , aku telah mengikuti satu kem . Kem Super Aulad . Kem yang sangat santai tapi berunsurkan keagamaan . Kem ini mengajar aku banyak perkara tetapi aku tidak mampu menghuraikan satu persatu . Tiga hari dua malam pun belum tentu habis HAHA .
Andai hari esok aku akan terlena tanpa terjaga , adakah aku sempat melaksanakan apa yang Allah telah suruh ? Sedangkan aku ini manusia yang masih berlumuran dengan dosa . Andai hari esok jantungku berhenti berdegup dengan izinNya , adakah aku sempat bertaubat kepadaNya ? Sedangkan aku ini manusia yang mudah lupa dan alpa . Andai hari esok aku akan ditempatkan kubur berseorangan tanpa teman menemani , adakah aku mampu menjawab soalan yang ditujukan oleh Malaikat Munkar dan Nakir ? Sedangkan keutuhan imanku belum mantap lagi . Andai hari esok kita semua akan berhimpun di Padang Masyar , adakah aku layak ke SyurgaNya ? Sedangkan aku tidak sanggup menahan seksa Neraka .
Ya Allah , entah kenapa aku rasa sebak sangat apabila aku menaip sedemikian . Aku rasa keinsafan singgah kedalam hati aku . Inikah dikatakan kemanisan iman ? Ya Allah , mudah-mudahan keinsafan ini akan tetap tinggal di dalam hatiku untuk beribadat untukMu . 
Banyak pengalaman manis dan pahit aku dapat di sana . Di mana aku dapat akak-akak faci yang sangat baik terutamanya Kak Sakinah dan Kak N . Akak-akak yang selalu memberi nasihat dan ajaran terbaik untuk adik-adik yang masih mencari ilmu tentang kehidupan . Begitu juga abang-abang faci terutama abang Megat . Muka garang tapi dia sangat baik . Ya , abang-abang yang sangat tegas sekiranya kami membuat kesalahan agar kami dapat membaiki kekurangan diri sendiri untuk terus maju dan berjaya di dunia dan di akhirat . Insyaallah .
Aku gembira dapat kawan yang baik , Rose, Sufina , kak Syera , Aina , Atirah , adik Amna , adik Nadhirah , Yana . Kumpulan Limau sangat the best . Walaupun sama sendiri tak ingat nama , tapi kami saling bertegur antara satu sama lain . Aku dapat rasakan semua itu sebelum aku pengsan semasa perbentangan tentang masalah remaja dihadapan orang ramai , lelaki dan perempuan . Sufina , ketua kumpulan sanggup duduk di sebelah aku kerana aku kelihatan lemah di atas pentas . Ya , aku sakit waktu itu . Aku menangis di belakang kerana aku takut aku tidak mampu membuat pembentangan dan sakit yang semakin menusuk di perutku . Ya Allah , aku masih ada kawan yang masih menerima aku dengan seadanya , bukannya bersama aku dikala senang saja . 
Dan Akak Liyana , terima kasih segala-galanya akak . Tanpa bantuan akak , kami semua tidak akan tunjukkan komitmen yang baik pada hari terakhir . Ya , saya tidak kisah semua itu kerana itu untuk kepentingan kita bersama . Saya ucapkan terima kasih banyak-banyak akak . Di kem , akak adalah kawan terbaik yang pernah saya jumpa . Begitu juga ahli kumpulan Limau . Terima kasih sekali lagi .
Yang paling penting , aku kena terima kasih kepada Allah kerana Dia dah buka pintu hati aku untuk fokus kepada pelajaran semula kerana tahun hadapan aku ada peperiksaan yang aku akan hadapi . Insyaallah , aku dapat lakukannya . Aku harus berfikiran positif . Set dalam mind , Azzah ! Insyaallah boleh ! Biarlah orang fikir aku sensitif . Ya , itulah aku . Namun sensitif adalah satu cara untuk mendekatkan diri dengan Allah . Tapi , janganlah berlebihan sangat , nampak sangat macam budak-budak kuat menangis *ok , diri sendiri terasa * .
Sok sek sok sek *lap air mata* . Aku mengaku bahawa aku menangis buat entry ini . Berhenti setakat ini sahaja . Aku taknak sambung lagi . Dua hari dah lebam mata sebab menangis . Baiklah . Bye dan assalamualaikum semua . Sayonara .
 Nota muzik : Kita harus pandai membuat keputusan . Jangan biarkan keputusan buruk yang menjadi pilihan .

Saya sayang orang yang baca entry saya !

2 comments:

  1. "Kita harus pandai membuat keputusan . Jangan biarkan keputusan buruk yang menjadi pilihan ." Im Soo Agree With This . . . :-) hehehe

    ReplyDelete

Berani kerana benar , takut kerana salah .