Friday, December 16

Indah .


*Pause main lagu blog kalau nak habiskan satu kotak tisu*
Assalamualaikum . Dah berapa hari aku tak update . Ya . . ya . . . aku tahu korang rindu HAHA *mata dekat atas* . Bukan senang nak kerah otak kanan ini untuk menghasilkan ayat yang best-best walaupun hakikatnya tak best mana pun *buat mata dekat atas balik* .
Allah telah menjadikan kita umat yang terbaik di muka bumi ini sama ada lelaki atau perempuan . Alhamdulillah dan bersyukur kita ada mata , hidung , tangan , kaki berbanding yang serba kekurangan anggota badan *maaf kalau terasa* . So , jangan asyik komplain muka tak seputih Snow White . Ramai lagi yang tak ada badan sempurna berbanding daripada kita asyik merungut hidung tak semancung Shah Rukh Khan .
Ok . Sebenarnya , hari ni aku perasan status dekat Facebook best-best kot . Jadilah sebentar pengelike status Facebook yang tak bergaji ini . Semuanya berkaitan dengan perempuan . Ya . Gadis . Wanita . Serikandi . Anak dara . Dan lain-lain . Hee . So izinkan saya untuk bermain kata-kata untuk memberi pandangan tentang WANITA :)
Allah jadikan kita sebagai perempuan yang sangat indah . Comel-comel pula itu . Kerana kecomelan dan kecantikan kita yang mampu menggoncang iman lelaki inilah , Allah menyuruh kita untuk menutup aurat . Jadilah seperti mutiara yang sukar dicari di dalam lautan . Hanya kepada yang layak sahaja kita boleh tunjuk . Dapat pahala lagi tahu !
Tapi sayang , kecantikan itu ditunjuk dengan sesuka hati . Mulalah kita terasa bangga dengan pujian orang yang telah dilontarkan , dicampakkan dan dilembingkan *bahasa melayu pasar tinggi HAHA* . Mengapa mahu nampak cantik dipandangan lelaki saja ? Kita tak ubah seperti santan kelapa . Cuma digunakan sebagai penambah rasa dalam masakan dan akhirnya dibuang ke dalam tong sampah sekiranya tak elok dah dimakan . Ada faham apa yang saya cakap ini ? Faham ? Good . Anak-anak yang bijak ;DD
Yang tertutup itu indah . Kita dapat mengelakkan lelaki yang berniat jahat yang mahu buat perkara tidak baik kepada kita dan dapat mengelakkan fitnah orang lain . Bak kata AinFatihah 
"The most beautiful and flawless women is the one who covers her aurat perfectly because of Allah . Who cares about man's view ? It's Allah's view that we must really seek for ."
So , biarlah orang lelaki rasa kita ini tak cun pakai tudung sampai tutup dada . Tapi itulah paling Allah suka . So nak mana satu ? Manusia atau Allah ? Rasanya Allah dah bagi akal yang sempurna untuk kita sedar dan membuat keputusan baik atau buruk . Lu pikirlah sendiri ! xD
Baiklah . Otak blank dah sebenarnya . Kepada yang mula bertudung , teruskan ! Sekiranya rasa ramai yang tak dapat terima kenyataan tentang perubahan anda , lihatlah di cermin . Pantulan yang anda nampak adalah insan yang sentiasa menyokong apa yang anda lakukan . Kalau benda baik , sokonglah . Kalau buruk , harap kita jauhkan . Teruskan kerana diri anda sentiasa menemani anda :)
Baiklah . setakat ini sahaja . Tidur awal lah harini *tipuu . . . dah pukul 12 lebih* sebab esok abang angkat saya kahwin :D baiklah . bye dan assalamualaikum . sayonara .
nota muzik : Muahahaha ! Aku rasa mood berlajar aku dah datang . Terbuka pintu hati .

Saya sayang orang yang baca entry saya !

1 comment:

Berani kerana benar , takut kerana salah .