Friday, November 4

Memanglah , tapi kalau nanti ?

Yo ! Assalamualaikum :) apa habaq semua readers ? kalau baik , alhamdulillah . give me five ^^ kalau yang tak baik , banyak makan ubat ok . ok-2 . aku malas nak jadi macam pengacara Tom Tom Bak . Aku nak cakap straight to the point . and entry ni aku dapat inspirasi kepada Atirah Rosmi yang comel ni . hehe . 
Aku mengaku , bahawa aku pernah meniru tapi aku dah lupa bila aku meniru tu sebab tahun ni aku tak pernah lagi nak meniru #serius. just banyak jeling-2 kawan sebelah punya kertas soalan . kalau jawapan sama , maknanya betul lettew . kalau tak sama , mesti jadi cuak and aku akan check lagi sekali . err... itu dikira meniru ke ? hmm... ntahlah .
tapi yang jadi panasnya , ada orang cakap aku meniru waktu exam Math . I'm just like ''mana bukti yang aku meniru haa ?'' =.= ok . tapelah . aku tak kisahlah korang nak cakap apa , yang penting aku betul dengan niat aku . and membuat kan aku teringatkan ustazah aku kasi peringatan untuk kitorang sebelum exam KH .
Dia kata cuba bayangkan , kita berjaya dapat markah tinggi , dapat lulus 4 flat waktu universiti nanti , pendapatan gaji tinggi and kerja bagus , bagi nafkah dekat anak-anak yang pada asalnya ujian atau peperiksaan yang dia ambil tu adalah hasil meniru ? Korang rasa hidup kita diberkati tak ? korang rasa darah yang mengalir dalam badan itu akan kotor tak dengan hasil pendapatan macam tu ? nauzubillah . aku menangis dengar kot . sebab kalau aku meniru , aku mesti teringat something macam gini :
Maybe cikgu tak nampak aku meniru , tapi Tuhan nampak apa yang aku buat . Waktu dekat Padang Masyar nanti aku nak jawab macam mana ?
Haaa... Biasalah . budak emosional selalu berfikiran jauh tapi dia berfikiran jauh yang menuju ke arah negatif . tu yang tak bagus tu . tapi ini positifkan ? hehe yang penting jangan menirulah . sebab itu boleh menguji setakat mana yang kita buat . kalau boleh dapat B , B lah jawabnya . tapi sekurang-kurangnya , kita berusaha dapatkan A juga .
I know , kadang-2 ada sesetengah pelajar sekolah sokmo baca keramat sakti kalau dah desperate taktahu jawapan waktu nak jawab soalan bulat-bulat ABC macam ni :
Pak Mat tendang bola masuk gol ~ *tengok* "dapat jawapan C , tibai jelah C tu"
 Ataupun ada yang buat macam ni :
*puh kiri* *puh kanan* " HENTAM SAJALAH WEYY !''
HEHEHE . aku pun pernah buat juga . janganlah nak malu pula korang semua ni XD HAHA bajet macam ada yang baca je =.= tapikan korang , kan lagi baik kalau kita baca doa ni : 
Doa agar tidak lupa 
Maha Suci Allah Yang Tidak Tidur dan Tidak Lupa
Aku rasa itu lagi afdhal . mana tahu dapat hidayah waktu nak jawab periksa nanti :) yeah , dah tau dah final exam dah habes , tapi kita ambil lah tips sikit untuk tahun 2012 nanti . insyaallah . kita berjaya dengan jayanya dengan hasil titik peluh kita sendiri . bukan dari hasil meniru :) 
oklah . mahu bersiap kot . pukul 5 nanti nak pergi makan dengan ibu and aziz dekat kedai makan kot XD haha . aku lapaq ! bye and assalamualaikum . 
Nota muzik : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kalau dapat lulus tapi Sijil Padang Masyar (SPM) gagal pun tak guna juga kan korang ? :)

Saya sayang orang yang baca entry saya !

2 comments:

Berani kerana benar , takut kerana salah .