Thursday, November 3

Speechless.

Yeah ! aku dengan ini sudah tak terkata dah . nasib baik minum milo ais ni boleh hirup sampai anjing jiran sebelah pun boleh terkejut . Aku nak tanya sama korang . korang pernah speechless tak .
haaa... for the first time erm... tak lah first time sangat . i mean , dah lama aku tak rasa speechless sampai aku tengok dekat cermin bilik aku pipi aku dah jadi warna merah -.- serius tak tipu ! aku tak boleh dengan orang yang buat aku speechless . terus merona merah pipi . tapi bila speechless , aku dah tak tahu nak buat apa lagi . aku rasa dilema + bingung = bengong ! 
aku dilahirkan seorang yang sangat sensitif . even tak ada kaitan dengan aku pun , aku akan cuba menyelami perasaan seseorang itu . aku taktahu lah nak cakap apa . it's too complicated ! :/ 
bila aku dah menyelami perasaan orang itu , aku akan jadi kasihan . tapi aku takut nanti kalau aku kasihan dekat seorang tu , aku akan buat yang sorang lagi tu jadi bengong juga #ambekkauayatni. aku dilahirkan untuk mengambil berat tapi hakikatnya aku tak mampu sebenarnya .
aku tak tahu macam mana aku nak fikir tentang ini . aku dah banyak bazir air mata aku . mutiara jernih itu aku biarkan ia mengalir dengan deras dek rasa sensitif aku ni .  
 aku tak tahu nak pilih mana satu . aku nak rasa dihargai . tapi kalau aku pergi kepada orang yang boleh hargai aku , aku akan melukakan hati orang yang menyayangi aku walaupun hakikatnya dia tak tunjukkan penghargaan kepada aku . ahhh . aku buntu . aku bingung . 
aku tidak mahu Perang Dunia berulang lagi . cukuplah aku dengar perang adik-2 aku dekat rumah sehinggakan tumbuk perut kakak dia sendiri pun sanggup . tak apa . tumbuk-2 sayanglah katakan -.- HAHA
cuma satu saja . aku mahu KESETIAAN dalam diri aku dan pada waktu yang sama , aku mahu dihargai . aku tak mahu tunggu macam tunggul kayu . aku malaslah . aku penat . SETAHUN aku jadi tunggul kayu . penat sangat . 

nota muzik : Patutkah muzik yang harmoni ini harus diberhentikan ? Ahh , indah alunannya sehingga aku tidak mampu memberhentikannya namun pada waktu yang sama aku derita .

Saya sayang orang yang baca entry saya !

No comments:

Post a Comment

Berani kerana benar , takut kerana salah .