Saturday, August 27

wanna be a normal lady :)


Assalamualaikum semua ^o^ hari ini sudah genap 27 hari berpuasa . lagi tiga hari nak raya . OMG ! tak sabarnya even dah tahu tak akan dapat duit raya macam zaman jahiliah aku dulu T___T #kenatolongdekatdapur.

ok , kita kembali kepada topik asal kita ini . ~ i know , zaman sekarang ni perempuan banyak pakai tudung ala-2 hana tajima . terus terang aku cakap , aku pun suka juga =..= and aku pandai pakai sikit-2 saja sebab aku sedar dengan muka bulat macam talam ni tak sesuai pakai tudung yang boleh memenuhi satu muka macam aku HAHA .

for sure , tudung bawal sudah mencukupi untuk aku . pin atas pin bawah , siap ! baju pun t-shirt plain kosong saja . pemakaian seluar slack adalah wajib untuk AzzahJimee . kasut ?  just pakai sandal saja . simple je jadi aku ni . asalkan jangan berbogel sudah HAHA (ayat ini tidak sesuai kepada budak kecik :p)

disebabkan penampilan aku sangatlah low profile , mahupun di sekolah atau diluar sekolah , jadi makcik aku hari ini dah jadi perunding fesyen yang tak bertauliah untuk aku . perghh . yang pasti dia tadelah paksa-2 suruh aku pakai seluar jeans -.-'' (AYAT INI ADALAH SINDIRAN , HARAP MAKLUM). 

dia pujuk aku dengan suggest baju yang ada riben dekat baju tuu . serius . comel what baju tuu T__T and dia suruh aku try dekat fitting room . dia kata aku comel pakai baju tu HAHA . serius , kembang semangkuk aku kena puji lama-2 ni -..-'' almaklum , aku ni pantang dipuji dengan orang . mesti dah terbang melayang dekat langit ke tujuh . 

ok-2 . dah start mengarut tempat lain . then , makcik aku suruh aku cari kasut raya . maybe kesiankan aku kot sebab aku pakai sandal sokmo kalau pergi keluar mana-2 . so , dia ada suggestkan kasut ballet plat and kasut wedges . cantik gile . tapi sayang , aku ni bukan jenis suka pakai kasut bertumit tinggi . 

tapi kena desak kot sebab nak suruh aku berlajar pakai kasut bertumit tinggi . manalah tau , hantaran kahwin aku nanti adalah kasut tumit tinggi . tak ke merajuk future husband aku kalau aku tak guna kasut tu ? HAHA . ok dah mengarut jauh v____v'' 

then , terpaksalah aku beli . tapelah . sekali-sekale lah katakan . mana tahu aku dah tak dan nak pakai kasut tumit lagikan raya tahun depan . ajal maut ditangan Tuhan bukan ? so , sekali   sekale nak jadi perempuan sejati jap but heyy , surelah aku perempuan tapi perempuan yang tak berapa nak feminin sangat ok :p kalau nampak aku pakai skirt labuh tu maknanya mood aku tak betul lettew HAHA

baiklah , kesimpulannya , jadilah diri sendiri , jangan sebab kita ikut kawan pakai shawl , kita pun nak ikut even kita sendiri tak selesa nak pakai . depend kepada hak masing-2lah katakan . tetapi yang nampak simple itulah orang akan nampak keunikan kita . teringat macam makcik aku cakap kat aku . ''macam mana pakwe azzah boleh suka azzah ya?'' HAHA 

serius , aku pun taktahu . mungkin sebab aku jadi diri sendiri kot :) . ok-2 . aku nak berhenti setakat ini . nak melantak apa yang patut dekat dapur . yummy ! bye dan assalamualaikum semua :) sayonara ~

nota muzik : tok am , kenapa tak balas mesej keh ni T___T keh rindu ni (padahal baru semalam jumpa) . 



Saya sayang orang yang baca entry saya !

3 comments:

  1. hehe , btol3 ...
    juz be yourself ...
    setiap org itu adalah unik mengikut perwatakan masing - masing ~

    ReplyDelete
  2. @Nornatassha , yup . betul tu . cuz you're amazing just theway you are ;DD heheh .

    ReplyDelete
  3. yea! just be yourself only..cik golek pn x reti nk pkai wedge..huhu.. ;)

    ReplyDelete

Berani kerana benar , takut kerana salah .