Saturday, April 21

Mungkin.

Saya suka perasan sebab itu saya selalu sedih apabila tidak dapat perhatian. Mungkin ya..... Tapi ada berkemungkinan tidak. Entahlah. Saya bingung.


Mungkin jalan yang saya lalui ini akan terputus di tengah jalan. Ataupun akan terlerai tanpa ikatan (ceh, ikut lirik lagu) tapi saya kena redha dan sentiasa senyum. You know, smiling is charity. Saya takut mungkin saya akan menangis macam orang gila apabila terasa kehilangan.


Ataupun mungkin saya tidak ada apa-apa rasa selepas ia pergi menjauh daripada saya. Mungkin saya sudah pandai menerima takdir Tuhan. Tapi, saya akan sentiasa ingat kepada perkara pertama. Automatiknya, ia akan menjadi pertama dan terakhir kepada diri saya sendiri. Mungkin saya terlalu muda untuk mengupas hal ini.


Ataupun mungkin saya bosan untuk mengisi masa saja? Mungkin juga. Tetapi, mungkin saya ada masalah. Argh! Banyak sangat mungkin saya taip. Naik jelik juga. Kesimpulan, saya tak suka main tarik tali. Susah sangat kawan partner kita ni kuat sangat tariknya sampai saya rasa nak mengalah tetapi, kawan partner saya seolah-olah tak suruh saya berhenti menyerah. Malah, menyuruh saya menarik lagi.


Kawan, saya tidak pandai membaca fikiran manusia. Tolong jelaskan kepada saya. Saya penat dan saya taktahu saya hendak memanggil anda kawan ataupun tidak. 
Saya sayang orang yang baca entry saya !

No comments:

Post a Comment

Berani kerana benar , takut kerana salah .