Friday, April 27

Sejarah.

#"Kenapa url blog akudirikusesuatu ?"


OK. Assalamualaikum. Saya datang kembali ke alam maya. Saya sibuk sejak kebelakangan ini dan terus-terang saya katakan saya sudah ketandusan idea buat entry. Jadi, saya buatlah apa yang patut. Hehehe.


Soalan yang diutarakan itu bukanlah baru saja keluar daripada oven panas tapi dah lama jugalah. Sudah basi daripada dua tahun lepas. Jadi, tak rasa pelik yang disangkakan. Sebenarnya, url blog saya ambil ini daripada Pak Usu saya (And hai ucu! *sambil lambai tangan*). Syukran pakcik ku kerana bagi inspirasi. Lalalala...


Tapi ada double meaning tajuk url tersebut. Saya guna tajuk url saya untuk lirik saya. Ya. Aku Diriku Sesuatu. Lagu ini mengisahkan sahabat yang mulai merasai kehilangan apabila sahabat karibnya sudah tiada disisinya lagi. Hehe. Yang seronoknya, ibu terus memberi sokongan moral untuk menyiapkan lirik ( Oh, hai ibuuuu *sambil buat muka baik*). Sangat seronok! Syukran ya ummi (:


Selain itu, tiap bait lirik tersebut dan tajuknya juga sudah membuatkan saya terimbau memori silam. Memori yang sangat indah bagi saya tetapi sayang sudah berlalu ditelan masa. Masa takkan berputar sekali lagi. Paling penting adalah saya mampu menghadapi hari-hari saya penuh keredhaan dan kegembiraan. Noktah.


Saya gembira bersama muzik tetapi bukan untuk segala-galanya. Kelebihan yang saya ada ini insyaallah saya akan menggunanya sebaik mungkin. Biarlah orang hendak kata apa kepada saya kerana saya adalah saya. Aku Diriku Sesuatu. That's me. Note that.


Nota muzik : Tak dapat pergi PWTC. Tak apa. Sabar sajalah.
Nota muzik : Lirik lagu ciptaan saya takkan letak. Mungkin suatu hari nanti saya akan tunjukkan sekali lagi.
Saya sayang orang yang baca entry saya !

1 comment:

  1. Hope dapat siapkan lirik lagu tuu k , serious best hayati muzik nih <3

    ReplyDelete

Berani kerana benar , takut kerana salah .