Saya bukan tak tahu nak bersyukur tetapi saya ada punya fitrah ingin menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Setakat dapat lampu hijau tetapi gred macam *uhuk uhuk* pun tak jadi juga. Saya kena berubah lagi. Walaupun orang lain macam "Wahhh . . . Budak itu kena puji sebab dah meningkat." But yeah, saya tak puas hati lagi dengan keputusan saya dapat. Saya nak ianya sempurna! Tetapi saya taknak terlalu drastik. Saya lebih suka sekiranya saya memahaminya satu persatu tetapi dalam keadaan yang cepat dan pantas.
Tapi dah masuk bulan April sudah. Argh! Awak, wake up! Janganlah asyik berblogger, berfacebook, bertwitter lagi. *Eh, terasa pula*. Ok, tak acilah kalau saya cakap dekat orang tetapi diri sendiri taknak berubah. Saya ada belek Quran dan saya ada terjumpa satu ayat dimana saya rasa 'tersentap' seketika apabila saya baca.
Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya. [2:195]
Saya terfikir seketika. Saya nak Allah sayang akan saya. Saya nak Allah kasihkan saya. Saya kena memperbaiki amalan saya bukan saja dalam perbuatan dan perlakuan saja, malah matlamat saya pada tahun ini. Saya kena kuat. Saya kena buat kerana Allah. Ya Allah, kuatkanlah hambaMu yang kerdil lagi hina ini.
Saya patut muhasabah diri saya kenapa saya harus dapatkan yang lebih baik. Saya kena kuat kerana Allah. Saya mesti dapatkan 9A kerana Allah. Saya rajin kerana Allah. Saya harus lakukan segala-galanya kerana Allah. Yes, He's everything for me and so are YOU, ya soddiq.
Kawan, saya tahu saya dah banyak buat entry post untuk kesedaran diri. Tapi saya buat kerana saya nak biar beringat dalam kepala. Tulah asyik sangat layan jeruk betik lol. Saya rasa saya kena berlari and start enjin 3. Ehh, nope! Enjin 5 maybe. Yes! Saya kena kuat berlari.
nota muzik : Ustazah kata niat utama kita belajar bahasa Arab adalah untuk mendalami Al-Quran. Trust me ok because Al-Quran is the best quote ever in the world.
salam adik, good luck :)
ReplyDelete