Assalamualaikum. Tadi saya usya Twitter sambil buat lakaran model KH saya yang tak disiapkan ini. Ok, saya dah lama tak melukis dah. Dua tiga kali saya buat dalam kertas baru. Biasalah. Tanggungjawab pelajar kena laksanakan juga walaupun sukar. Lebih-lebih lagi yang kena ambil peperiksaan penting seperti saya lol.
Ok. Balik kepada topik saya semula. Ketika saya buka Twitter, memang penuhlah tweet tentang ABPBH. Haha. Taktahu? Give me five. Saya pun taktahu pun program TV itu diadakan pada hari ini. Kalau yang dah lama tahu, kfine. Saya memang jarang tonton televisyen. Kerja saya menatap lappy yang semakin jelik tengok muka saya yang penuh Mr. Jeje sejak kebelakangan ini lol again.
Tapi, yang tak manis dipandangnya, kita tweet apa yang kita nampak waktu itu. Kalau benda baik tak mengapalah, kalau benda yang buruk bagaimana? Astaghfirullah. Kadang-kadang, kita boleh buka aib orang tanpa kita sedari. Ya Allah, jauhilah kami daripada sebarang kejahatan. Amin. Saya bukan apa, saya teringat kepada pesan mak saya kalau saya sedang bermadu kasih dengan seronoknya dengan lappy yang setia itu.
Kakak, awak kalau dalam Facebook ke, blog ke, awak kena cakap benda-benda baik. Jangan guna bahasa kesat ataupun share benda pelik-pelik. Orang tua daripada awak nanti nilai awak daripada benda yang awak taip itu. -ibu tersayang-
You know best, ibu. Memang betul pun. Orang akan nilai kita daripada penulisan kita dan attitude dalam laman sosial right? Syukran ibu. Barakallahu laki.
Saya cuma fikirkan satu hal saja. Macam manalah kehidupan warga Palestine sekarang ini? Saya tengok wall page kak Wardina Safiyyah pun sudah meruntun jiwa saya. Kak Dina sekarang berada di negara Palestine. Banyak pengalaman yang telah dia kongsikan bersama peminat di page beliau. Semoga beliau selamat pergi dan selambat kembali ke tanah air.
Ok. Saya rasa saya seorang saja macam terlari main topic malam ini. Tak apalah. Saya tak berminat. Saya rasa ada ada hiburan yang lebih sesuai untuk nikmati. Ok. Back to homeworks. Bye and salam.
nota muzik : Baru perasan warna bendera palestine diambil mengikut warna kegemaran Rasulullah. Putih. Hijau. Merah. Subhanallah.
No comments:
Post a Comment
Berani kerana benar , takut kerana salah .