Saturday, May 12

Pengorbanan Part 1

Annisa mengerling jam tangan kesayangannya. Kelihatan sudah berkarat sedikit bahagian tepi kerana sudah dimamah usia. Jam itu sudah menjadi 'hak milik' Nisa selama tiga tahun. Hai cepatnya kau berlari wahai masa!


Nisa : Manalah mamat ni tak datang-datang lagi? Dah lama aku tunggu. Siaplah dia nanti sebab mungkir janji -.-


Kini dia sudah lima belas tahun. Sudah menjadi seorang gadis yang sangat manis dan sopan dalam penjagaan aurat. Ibunya mendidik anak ini begitu sabar sehingga menjadikan Anissa seorang gadis yang disayangi oleh ibu bapa, guru-guru dan juga rakan-rakannya. 


"Assalamualaikum"


Pintu bilik redaksi dikuak begitu luas. Kelihatan Putera Arif tersengih seperti kerang busuk. Barangkali sudah tahu silapnya tidak turuti masa yang telah dijanjikan olehnya dan Nisa.


Nisa : Hah! Panjang umur kau. Lambat betullah. Asal kau lambat?
Arif : Kau macam taktahu saja hari ini last period kelas aku kan waktu Add Math. You know, Cikgu Arfah kan ada semangat 2020, mengajar murid pun sampai terlebih masa. Dia taktahu otak aku tengah tepu belajar.
Nisa : Tak payah nak menipulah tepu otak. Otak kau cepat hadam dengan ajaran cikgu. Sekali cikgu bagi, kau dah macam petik jari bila buat latihan.


Anissa mengakui bahawa Arif seorang yang bijak. Sekali cikgu ajar, dia mampu mengulang semula apa yang cikgu berikan itu kepada 25 pelajar kelasnya. Mungkin itu anugerah Allah berikan kepada dia. Otak yang cepat pickup. 


Arif : Tak payah nak bodek aku naaa. Lagipun aku tengah pening kepala dah ni. Banyak kena sumbat dah ni *Susun buku dalam bilik redaksi*.
Saiful : ASSALAMUALAIKUM. Rif, jom pergi dewan makan. Aku lapar gila dah ni. *letak barang dekat meja perbincangan*.
Nisa : Waalaikumussalam. Eh, kau tahu tak petang ni cikgu Amira nak buat perjumpaan?
Saiful : Tahu sebab itu aku nak makan. Lapar, cikgu Arfah punya pasal lah ni aku cepat lapar.
Nisa : Yelah sangaaat ~
Arif : Saiful, jom pergi makaaannn! Eh Nisa, kitorang pergi dahulu. Assalamualaikum. Nanti kitorang datang balik.
Nisa : Ok-ok. Waalaikumussalam.


Saiful dan Arif. Kawan baik sejati sampai mati. Di asrama, ramai orang menggelar mereka pasangan 'couple' sejati. Barangkali mereka selalu berkepit sana sini. Almaklum, belangkas pun boleh bertaut kembali inikan pula manusia. Arhh... Walaupun mereka tua setahun daripadanya, Nisa merasakan mereka kawan baik yang terbaik!


--------------------------------------------
Wahai diari,
petang tadi Nisa dapat jumpa Arif lagi. Arif tak lekang dengan perkataan 'tepu otak' apabila berkaitan subjek Add Math. Sedangkan Nisa tahu dia sebenarnya tak ada apa-apa rasa pun. Dia suka merendah diri. Nisa suka tapi tak boleh lebih-lebih takut merana diri.


Awak tahu kan apa yang saya coretkan ini wahai diari? Saya . . . Erm. . . Saya rasa saya tak perlu merasakan saya dapat memiliki. Dulu dia layan saya baik tapi sekarang . . . Erm. . . Tak apa, yang penting saya kawan dahulu. Itu lagi bagus bukan?


Nisa berhenti menulis. Dia mengenangkan zaman silam. Ingat lagi waktu itu Arif mahu 'berkawan' dengannya. Tak silap sewaktu Nisa berada di Tingkatan 1. Angkara Azmir (juga sahabat baik Arif) ternampak mesej antara Nisa dan Ili, kawan baiknya itu menceritakan tentang budi baik Arif. Tak sangka Azmir mahu 'setting' kan. 


Itu cerita dahulu. Kini, Arif dan Nisa tidak berhubung selalu. Bilik redaksi saja yang selalu menjadi saksi pertemuan. Arif kini elakkan diri daripada contact daripada segi main mesej dan menelefon. Namun, Nisa bingung. Arif, apakah status kita? 


"Argh! Buat serabut kepala fikir. Lebih baik aku tidur. Dah lewat. Nanti terlepas pula solat Subuh nanti" 


Anissa tidur dengan lena sekali meskipun dia sudah sarat dengan 1001 persoalan dalam akalnya. Perempuan oh perempuan...


| Sipnosis cerita | Pengorbanan Part 2 |

Saya sayang orang yang baca entry saya !

No comments:

Post a Comment

Berani kerana benar , takut kerana salah .