Saturday, May 12

Sipnosis Pengorbanan.

#Eh, gambar ambil dekat Google. Mwehehe.


Nur Najihah Annisa Fisabilillah. Nama yang panjang tetapi mempunyai makna yang baik. Nama kepada si gadis solehah agar nama itu menjadi satu doa kepada anak itu. Insyaallah. Namun anak gadis itu tidak lari daripada zaman remaja yang penuh dengan kisah suka dan duka. Tidak lupa konflik yang melibatkan hati dan perasaannya. Air matanya menjadi peneman sepanjang hidupnya untuk terus bangkit menjadi seorang wanita yang penuh 'nur' kemenangan. Yang paling utama, kemenangannya diiringi keredhaan Allah.


Putera Arif. Putera yang bijaksana ini sentiasa berpandangan jauh dan berkomited dengan azamnya. Dia bijak dalam mengendalikan hal yang besar namun dia tidak tahu melayan perempuan dan tidak tahu kemahuan perempuan. Dia cuma tahu agar insan yang disayanginya sentiasa dalam keadaan baik saja.


Nisa dan Arif. Apakah status mereka? 
Saya sayang orang yang baca entry saya !

No comments:

Post a Comment

Berani kerana benar , takut kerana salah .