Wednesday, February 29

Kami dahagakan ilmu.

Sesekali hati ingin menjadi seperti mereka . Mereka yang bermati-matian yang mahu menegakkan agama suci Allah . Hati mereka kental dan sabar menghadapi ujian Allah . Ya Allah , sungguh mulianya mereka yang berganding bahu menolong nabi anak yatim yang mulia itu .

Tetapi aku tidak mampu kerana aku tahu bahawa aku ialah seorang pelajar yang sentiasa dahagakan ilmu . Aku tidak cukup matang lagi . Tetapi bukankah menuntut ilmu itu merupakan  jihad bagi semua insan yang digelar 'pelajar' ? Bukan sahaja pelajar , malah semua khalifah di muka bumi ini . 


Andai suatu hari nanti , akan ada Salahuddin Ayyubi yang seterusnya untuk menegakkan keadilan dan menakhluki Jerusalem yang kini telah dijajah oleh Israel ? Akan adakah suatu hari nanti yang akan terkorban jihad seperti Sumayyah yang sanggup memilih kesucian Islam walaupun jawapannya itu membawa maut kepada dirinya ? Akan adakah role model yang terbaik di kalangan wanita seperti Saidatina Aisyah mahupun Saidatina Khadijah ? 


Kami , yang kononnya digelar sebagai "generasi Y" ini akan menjadi pemimpin kepada masa depan dimana generasi kami semakin menghampiri pengakhiran zaman . Andai ada yang tersilap langkah , mampukah kami berpatah balik semula kepada yang asal ? Mungkin umur kami tidak panjang untuk mengambil peluang kedua .


Jadi berikanlah kami peluang untuk mencari ilmu walaupun ilmu tersebut bukanlah dalam sukatan pelajaran yang kami pelajari di sekolah . Kami dahagakan ilmu . . . . 


nota muzik : Dimana ada gula , disitu ada semut . Dimana Allah kurniakan , disitu kami rebut .

Saya sayang orang yang baca entry saya !

No comments:

Post a Comment

Berani kerana benar , takut kerana salah .