Saturday, March 17

Pandangan.

Assalamualaikum . Awak-awak semua boleh rujuk ayat yang ada dekat atas ini dalam Quran . Tak kisahlah secara online atau secara manual tapi lagi bagus buat secara manual . Boleh buat rujukan sendiri . 


Tuhan sayang perempuan sebab itu Dia tak bagi kita pandang perkara haram . Rosak jiwa anak remaja nanti . Contohnya , simpan gambar lelaki bukan muhrim untuk dijadikan tatapan agar rindu dapat terubat . Haram selagi dia belum menjadi sah kepada kita . Haram tengok aurat lelaki serta perempuan . Hello ! Aurat perempuan sesama perempuan dari pusat ke lutut ya . Saya tak nafikan saya pun seorang remaja dan banyak kelemahan yang saya ada . Walaubagaimanapun , menegur antara satu sama lain adalah tanggungjawab kita bersama bukan ? 


Awak kena jaga aurat awak , awak kena jaga pandangan awak serta jaga kehormatan awak , awak kena jaga puasa , begitu juga solat awak dan lain-lain lagi yang awak perlu jaga . Jangan merungut , Tuhan sayangkan awak . Pada zaman jahiliah dahulu , wanita adalah barang dagangan dan jadi pemuas seks . Cuba bayangkan apabila anak perempuan mereka hendak berkahwin , ayahnya bagi 10 orang lelaki test anak perempuan dia (tak kiralah bilangan berapa pun lelaki yang nak test tu) , selepas itu dia tanya anak perempuannya yang mana satu dia berkenan untuk dikahwinkan . Bukan itu saja , ada ayah yang sanggup kahwin dengan anak sendiri sebab lawa punya fasal . Ini memang kerja gila !


That's why Islam datang nak selamatkan wanita . Islam ajar kita tentang tunang sebelum kahwin . Walaupun bertunang , kita tetap kena jaga aurat dan pergaulan kita bersama bakal pasangan . Ya Allah , tingginya martabat wanita . Mengapa mahu merungut , wahai muslimah ? 


Awak merungut sebab tak sama adil dengan lelaki . Kalau boleh lelaki pakai singlet main basketball , awak pun nak try sekali . Awak sekalian , keadilan situasi begini bukannya tentang persamaan kerana lelaki dan perempuan itu berlainan pemikiran dan juga kekuatan . Keadilan hal ini adalah kesesuaian pada sesuatu tempat . 


Contohnya , awak ada rumah baru dan awak nak letakkan perabot dalam rumah . Pasti awak perlu khidmat lelaki kerana kekuatan lelaki lagi tinggi berbanding perempuan . Selepas sesi meletakkan barang , perempuan pula mengganti tempat untuk menghias rumah dengan dekorasi yang indah dan menarik . Perempuan adalah makhluk yang sangat teliti dalam sesuatu perkara . Sebab itu , tugasan perempuan lagi kemas berbanding lelaki . See ! Nampak adil bukan ?


Tell me why ? Kenapa nak merungut ? Allah dah beri terbaik untuk kita . Kenapa awak tepikan hukum agama , wahai muslimah sayang ? 
Saya sayang orang yang baca entry saya !

2 comments:

  1. salam..bukan yang pusat hingga lutut tu aurat lelaki ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam . Aurat pusat hingga ke lutut tu aurat perempuan sesama perempuan :3 heee . Sorry keterangan saya agak kabur . Saya betulkan sekejab .

      Delete

Berani kerana benar , takut kerana salah .