Friday, March 16

Friendship.

Ada orang pernah cakap dekat saya , sewaktu kita senang , kawan-kawan kita semua mengenali kita namun sewaktu kita susah , kita tahu siapa kawan kita . Sejak kebelakangan ini , saya dapat merasakan sesuatu aneh terhadap kawan saya . Dia seperti menyembunyikan sesuatu daripada saya .


Saya tak kisah sekiranya dia memerlukan waktu tetapi entah mengapa hati saya jadi tak tenteram dan tidak tenang . Wajah sedih saya mula membungkus tatkala hati ini dicarik dengan 1001 pertanyaan yang sangat mengelirukan . Sakit sangat . Bagaikan ditusuk sembilu yang tajam dan berbisa mampu membuat si empunya hati tidak berdaya melakukan apa-apa selain menzahirkan keperitan itu melalui mutiara jernih yang berguguran tanpa kawalan sesiapa kecuali Allah .


Saya berharap kejujuran yang dia akan luahkan itu tidak menimbulkan kesedihan yang berpanjangan . Saya takut saya yang akan terpaksa mengalah . Saya taknak mengalah lagi kerana sekelumit hati ini terasa ingin menjadi tamak haloba namun bukanlah untuk segalanya . Saya cuma inginkan kebahagiaan sendiri . Tolong saya .


Saya harap saya jadi pekak sementara agar saya tidak dengar apa-apa berita yang kurang sedap didengar . Selepas itu , saya mahu menjadi normal semula . Ya Allah , adakah aku sudah berlaku kejam kepada sahabat sendiri sedangkan aku tidak mahu hakku diambil dan dicuri sesuka hati ? Ya Allah , berikanlah aku petunjuk . . . .
Saya sayang orang yang baca entry saya !

2 comments:

  1. nanti sampai la masa kawan awak tu berkongsi perkara yang disembunyikan.
    First time singgah blog ni. SIMPLE and NICE.
    Harap dapat pimpin Mat jadi blogger yang hebat macam awak ye ~copytampal.com

    ReplyDelete
  2. bersabar ea..maybe dia nak space sikit kot..insyaallah nanti di okey.. :)

    ReplyDelete

Berani kerana benar , takut kerana salah .