Saturday, February 11

Mulakan yang baru.

Keceriaan seseorang pasti akan ada kesedihan disebaliknya.
Saya berharap pada suatu hari nanti , saya akan menjadi seperti anda . Ya , anda yang sedang baca entry saya yang tak berapa nak ohsem ini . Saya berharap sangat saya tak terlalu fikir tentang perkara yang remeh seperti anda yang sentiasa optimis dengan semua perkara yang terjadi . Tetapi , saya masih lagi saya . Saya tak boleh ubah menjadi orang lain . Namun , perubahan itu boleh kita lakukan perlahan-lahan dan jangan terlalu drastik bukan ?


Ahhh . Sekarang , saya akan buat cara biasa saja kerana saya pasti setiap masalah yang dihadapi pasti akan ada jalan penyelesaian dan saya tahu bahawa masalah saya fikirkan kali ini tidak pernah saya ceritakan kepada sesiapa sejak saya sekolah rendah lagi dan masalah itu tidak dapat diselesaikan sehingga kini , sebab itu ramai orang judge saya macam-macam . Saya tidak mahu mengaibkan sesiapa . Kena faham tu . 
Sekarang saya nak spek mata saya balik . 'Jalan bercabang tiga' ini saya nampak tetapi 'samar' . Boleh sesiapa tolong saya ? 
Saya sayang orang yang baca entry saya !

No comments:

Post a Comment

Berani kerana benar , takut kerana salah .