Thursday, January 26

Saya dah cuba.

Saya tahu dan saya patut sedar bahawa saya akan menghadapi PMR pada tahun ini . Tapi , saya tetap dalam keadaan yang sama . Selepas solat Subuh , tidak sah rasanya tidak menghadap lappy untuk men'stalk' blog-blog orang diiringi MukaBuku yang merupakan buku teks yang tidak ada unsur pembelajaran kepada saya . Urgh . Saya pasti adik saya mesti melompat keriangan kerana pada tahun akan datang dia tidak perlu mengambil peperiksaan genting seperti saya . Rasa macam sia-sia saja cakap kepada adik untuk dapatkan 9A dalam PMR *ambil KAA* . Tak apa , asalkan kita berlajar bukan ? 


Yang penting , apa kualiti kita dalam sesuatu dalam pembelajaran kita ? Harapkan azam yang tinggi melambung tanpa usaha yang bersungguh-sungguh pun tidak ada gunanya . Saya tahu akan semua itu tapi saya rasa saya mahu pasrah sahaja kerana saya memikirkan saya tidak mampu lakukannya . Entahlah , kenapa saya malas sangat sekarang ini . Saya rasa saya kena pukul dengan lesung batu dekat kepala baru nak sedar agaknya HAHA


Tapi saya terfikir sesuatu . Andaikan saya dapat 9A dalam PMR , saya mahu minta apa daripada ibu dan ayah ? *buat muka tak malu* . Saya mahu minta sebiji keyboard/piano elektrik daripada ayah saya kerana saya memang mahukannya memandangkan saya sedang belajar . Daripada ibu pula , saya ingin sebuah laptop yang canggih sedikit . HEHE . Bukan apa , saya dan adik kedua saya yang akan menghadapi UPSR tahun ini mempunyai agenda mega kami . 


Saya dan adik mahu buat blog fotografi . Ya , saya tahu saya ada >blog fotografi< tetapi kami tidak ada kamera yang sesuai untuk melakukan fotografi . Jadi , adik saya mahu minta sebuah kamera DSLR insyaallah . Kami berharap kami boleh dapatkan satu kerana setiap gambar pasti akan ada 1001 kisah dalamnya dan gambar tersebut membuatkan kita mengimbau masa silam suka dan duka . Tak salah bukan ?  Selain itu juga , fotografi dan Photoshop tak dapat dipisahkan . Oleh demikian , saya perlukan lappy yang canggih-manggih sedikit . Hee
Tapi bagaimanapun , takkan ibu dan ayah saja ingin memenuhi permintaan kita ? Kita sebagai anak mereka juga harus memenuhi permintaan mereka . Macam ibu saya , beliau mengatakan bahawa dia akan memberi apa sahaja yang saya dan adik mahukan asalkan kami dapat straight A dalam peperiksaan kami . Insyaallah ibu , dengan izin Allah , saya dan adik akan buat yang terbaik .


Bukan itu sahaja , kita harus memenuhi permintaan mereka yang menginginkan kita untuk menjadi insan yang berguna di dunia dan di akhirat serta menjadi anak yang soleh dan solehah . Bukankah itu tanggungjawab mereka kepada anak-anak untuk membimbing ke arah kebaikan ? Betapa mereka sayangkan kita dan kita perlu ingat kita perlu berterima kasih kepada Allah kerana kita dapat ibu dan ayah yang sangat prihatin kepada kita . 


Baiklah setakat ini sahaja , saya rasa terlalu panjang saya buat entry kali ini . Maaf kalau terasa bosan . Saya mahu sambung buat kerjasekolah *mood bersemangat* . Assalamualaikum dan sayonara semua . 


Nota muzik : Junior saya ada ajak saya masuk pertandingan syarahan agama . Erm , saya tidak tahu nak masuk ke tidak kerana tidak ada pengalaman . Yang saya pasti , keinginan saya untuk menyertai mulai timbul . Hmmm . . . 
Saya sayang orang yang baca entry saya !

1 comment:

Berani kerana benar , takut kerana salah .