Thursday, January 26

Cekodokk !

Cekodok ! = Check It Out ! *Kes pelat BI*


Assalamualaikum semua . Nampak gayanya kita bertemu lagi pada hari Jumaat yang penuh barakah ini :D Ok , tadi saya sedang syok melayan Youtube sebab saya excited nak cari video-video tutorial cara hendak memakai shawl/pashmina . Saya memang akui bahawa saya masih lagi ketinggalan zaman kerana saya hanya mampu pakai satu cara saja pakai pashmina *sad music* . Selain itu , sepanjang hidup saya memang akan setia kepada tudung bawal hitam kesayangan saya . Tak nampak sangat rasanya kebulatan muka saya yang serupa macam sumo Jepun #contohlah.


Bukan apa , kebanyakkan saya perhatikan tutorial shawl/pashmina yang saya jumpa kebanyakkannya tak mengikut citarasa saya . Maksud saya , saya tak biasa tudung belah belakang saya tak tutup . Kadang-kadang dekat sekolah selalu nampak kawan pakai tudung depan tutup tetapi kalau belakang , terselak sikit dah nampak leher . Tak guna juga tahu ? Lagipun , saya bukan nak kutuk siapa-siapa . Saya nak kita semua ambil iktibar berkaitan dengan aurat . 
Saya sebagai muslimah juga sedaya upaya menjaga aurat saya dengan lebih baik . Lagipun perkara kecil pun kita anggap remeh . Contohnya seperti lengan kita . Diakui bahawa saya juga selalu selingsingkan lengan baju saya , dan pernah kena tegur abang kawan saya . Malu juga rasanya . Saya terus turunkan lengan baju sebab saya takut kena tegur lagi . Huhhh . . . . Saya baru sedar bahawa itu aurat yang patut ditutup . Terkilan juga ada sesetengah muslimah bertudung tapi baju berlengan pendek . *Jangan terasa*


Bukan lengan sahaja , kaki kita pun kena tutup juga . Sebab itu , ada sesetengah orang memakai stokin/sarung kaki . Ya , tak kisahlah nak tutup dengan apa sekalipun asalkan kaki kita tidak nampak kerana kaki adalah aurat dan kita wajib tutup . Bila saya fikirkan balik , perkara kecil itu juga saya abaikan . Masyaallah . . . Saya kadang-kadang terfikir tak menyusahkan ke kalau selalu saja pakai stokin nanti ? Erm , bagi saya biar saya bersusah di dunia dahulu .


Bukan itu saja , semua kita perlu tutup kecuali muka dan pergelangan tangan kita sahaja . Ya , saya tahu saya pun ada juga ketidaksempurnaan itu *ayat BM hancus* tetapi bukankah saling mengingati antara satu sama lain itu lebih baik ? 


Sebelum itu , saya nak buat promote tentang video pashmina labuh saya jumpa . Sungguh menarik dan mudah :D Terima kasih kepada >NurFirzanah< kerana membuat tutorial yang berguna untuk saya dan juga semua yang menonton video anda :D Jasamu dikenang . Ini antara video saya jumpa :



Saya rasa cukup untuk ini sahaja . Kepada yang nak cari tutorial pashmina labuh , anda boleh tengok video Nur Firzanah :D Saya rasa saya nak makan dulu . Assalamualaikum . Last from me ,
Saya sayang anda semua , jadi sama-sama kita mencari keredhaanNya.
nota muzik : Man jadda wa jadda (:

Saya sayang orang yang baca entry saya !

2 comments:

  1. betul2. akk pon x selesa gak klau pkai tdung labuh depan tpi singkat dkt blakang. cam ntah apa-apa je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe . Tetapi yang paling penting , kita nampak cantik di mata Allah dan pada waktu yang sama juga kita nampak anggun di mata manusia (:

      Delete

Berani kerana benar , takut kerana salah .