Monday, January 23

Memang payah tapi . . .

That moment bila kita asyik sangat bermain video game , layan Facebook , Twitter , Youtube , Blog dan lain-lain , kita rasa taknak berganjak daripada tempat yang kita duduk . Kalau yang tengah tengok drama Korea ataupun Jepun pun , tak putus-putus air mata mengalir menontonnya . Al-maklum , kalau sebuah cerita atau drama mestilah kena mendalami kisahnya betul bukan ? Sehinggakan dua kotak tisu pun belum tentu cukup lagi nak lap air mata dah menjejeh-jejeh . Tapi , bila mak ataupun bibik kita cakap , 


"Anak bertuah ! Dah masuk waktu solat Zohor . Cepat pergi solat sana ! Tinggalkan sekejab laptop kesayangan awak itu ."


Jawapan kita selalu "Sekejab !" dan kadang-kadang ada yang buat tak tahu sehinggakan orang tua kita terasa hati . Kita seronok sangat layan lappy sedangkan lappy pun dah naik jelik tengok muka kita semua yang kadang-kadang ada yang tak mandi lagi bukan ? *uhuk uhuk* 


Memang payah tetapi takkan kita semua nak minta tolong and menangis penuh penyesalan dekat Akhirat nanti sebab kita dah habiskan masa kita dengan perkara yang tak membawa manfaat kepada kita untuk ke Negeri Akhirat bukan ? It's too late . Nak menangis air mata berdarah sampai bernanah sekalipun untuk kembalikan ke dunia , kita tetap kena dihadap ke mahkamah Tuhan . 


Selagi ada masa ini , janganlah lupa nak mendirikan solat . Tak mustahil nyawa kita akan dicabut sewaktu kita sedang syok menghadap lappy kita ini . Jadi , pandai-pandailah hidup . Kita yang sudah semakin meningkat dewasa ini pasti dapat membezakan baik ataupun buruk bukan ? Jadi , marilah kita sama-sama cuba jadi yang terbaik untuk ibu bapa kita dan juga kepada Allah . 


nota muzik : Nak payah di dunia dahulu ke atau nak payah di Akhirat nanti ? Renung-renungkanlah
Saya sayang orang yang baca entry saya !

2 comments:

  1. bagus entry ni. budak-budak sekarang ni ramai cammtu. padahal solat tu x lama pon. x lari ke mana pon laptop tu. bukannya dia ada kaki nk lari. prgi je lah solat dulu. huhu... ^^

    ReplyDelete

Berani kerana benar , takut kerana salah .