Monday, January 23

Harapan.

# Watak dalam kisah ini tidak ada kaitan hidup dan mati . Rekaan semata-mata .


Ibu , kakak tengok semua kawan kakak ada abang . Walaupun kakak tahu kakak adalah anak sulung dan mustahil untuk dapat seorang 'abang' , kakak cemburu dengan kawan kakak . Mereka selalu bergaduh dengan abang mereka tetapi tidak putus hubungan persaudaraan mereka . Malah , lebih akrab sebagai adik-beradik . Benar kata orang tua , air dicincang tak akan putus .


Tanggungjawab kakak dekat rumah layan adik-adik . Kakak cuba menjadi seorang kakak yang terbaik untuk mereka . Sentiasa ada bersama mereka sekiranya mereka perlukan pertolongan daripada kakak dan pada waktu yang sama , kakak kena berlagak matang depan mereka tetapi mereka tak tahu bahawa kakak akan ada sifat kebudak-budakan kadang-kadang . 


Kakak akui kakak berharap kakak ada seorang abang kerana seorang abang pasti mampu menjaga adiknya dengan baik . Bukan bermakna seorang 'kakak' tidak hebat tetapi bukankah lelaki itu lebih kuat berbanding perempuan ? Tidak salah bukan kakak mengharapkan seorang 'abang' dalam hidup kakak ?


Kakak selalu tengok ibu dan ayah sibuk dengan kerja . Kakak faham akan keadaan kalian untuk mencari nafkah dan menyara hidup sekeluarga . Namun , kakak mulai merindui di saat kita solat berjemaah bersama-sama . Walaupun ketika itu ibu dan ayah tidak sesibuk kini dan masih berpendapatan rendah , kakak sangat bahagia ketika itu . Namun , semua itu perkara yang telah berlaku . Kakak kena dan wajib faham keadaan tersebut . Kalau begitu , kakak nak abang jadi imam untuk adik-adik supaya kami mengembalikan suasana solat berjemaah bersama-sama boleh ? 


Kakak tahu kakak kuat menangis dan kakak banyak masalah , lagi-lagi dengan kawan-kawan kakak . Tetapi , ibu dan ayah cuma memarahi dan memberi teguran membina kepada kakak namun , kakak perlukan juga teman pendengar yang sama umur dengan kakak . Tentulah kakak cari abang kakak . Abang yang tak pernah jemu dengar celoteh kakak yang kadang-kadang tak patut diceritakan dan agak mengarut . Kakak tahu abang kakak akan tolong kakak apabila kakak perlukan dia . Tak perlulah kalian nak menangis dan risau tentang kakak sebab kakak akan cuba mengukir senyuman yang membuktikan kakak 'okey' saja !


Tetapi , kakak sedih apabila insan yang kakak dah anggap sebagai 'abang' pergi jauh nanti . Sehinggakan kena menyeberangi ke benua sebelah sana . Kakak terus terang kakak menangis teruk sebab kakak selepas ini tak ada abang lagi . Kakak tahu selepas ini mungkin kakak akan bela diri sendiri untuk berhadapan dengan masalah kakak sendiri dan cuba lakukannya sendiri tanpa bantuan abang . Takkanlah dalam kubur pun , nak suruh abang temankan juga ?


Tapi macam mana pun , kakak nak buat satu permintaan untuk hari lahir kakak akan datang boleh ? Kakak nak seorang abang boleh ? Abang yang sama macam dulu boleh ? Harapan kakak besar . Tolong . Kakak perlukan abang .


nota muzik : When words fail , fingers speak . 
Saya sayang orang yang baca entry saya !

No comments:

Post a Comment

Berani kerana benar , takut kerana salah .