Saturday, January 28

Malu itu indah.

Hati tidak tenteram itu ada kadangkalanya membuatkan aku berfikir bahawa akan ada perkara buruk yang berlaku nanti . Aku takut perkara itu akan membuatkan aku jadi serba resah dan gundah . Aku malu jika dengan keadaan ini aku akan membuatkan orang lain memasang niat tidak baik terhadap diriku . 


Malu itu adalah sifat semulajadi aku dan menjadi fitrah sebagai manusia . Tetapi lebih mulianya rasa malu itu diletakkan niat kerana malu melakukan perkara yang ditegah oleh Allah . Indahnya hidup sekiranya kita mempunyai sifat malu . Tanpa malu , manusia akan menjadi binasa . Tanpa malu , kita mampu membuat sesuatu melangkaui batasan kita sehingga Allah cemburu akan kita . Sabda Rasulullah S.A.W. : 


"Tidak ada yang lebih cemburu daripada Allah. Untuk itu Dia mengharamkan pelbagai perkara keji yang dapat dilihat mahupun yang tersembunyi"
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Begitu Allah sangat menyayangi kita sehinggakan Dia juga akan cemburu kemungkaran kita lakukan kepadaNya . Namun begitu , malu itu perlulah bertempat . Janganlah sampai cikgu beri soalan di papan putih , kita malu untuk menjawab soalan tersebut . Beranilah untuk melakukan perkara yang benar . 

Seharian ini , aku membetulkan niatku semula . Aku tidak perlu malu kerana aku berniat bahawa dengan pakaian sebegini aku dapat memberi contoh kepada muslimah yang lain . Aku mahu membawa imej Islam walaupun di benua yang dipisahkan dengan lautan yang luas . Aku bangga kerana Islam amat memuliakan perempuan dan mengangkat darjat kaum wanita . Aku bangga kerana inilah perlindunganku daripada melakukan perkara tegah . Insyaallah . 

Ya , buat apa aku perlu malu ? Aku sudah buat yang terbaik untuk kaumku sendiri . Aku berharap dengan cara ini , aku dapat menjaga kehormatanku dengan sempurna dan pada waktu yang sama mendekatkan diri denganNya :) 
nota muzik : Pagi tadi photoshoot di Stesen Kereta Api . What a long day ~

Saya sayang orang yang baca entry saya !

No comments:

Post a Comment

Berani kerana benar , takut kerana salah .