Tuesday, January 31

Dikecewakan itu menyakitkan.

Beritahu aku siapa yang tidak pernah dikecewakan ? Walaupun dengan sahabat sendiri juga kita pernah dikecewakan . Semua orang tidak lepas daripada perasaan kecewa . Sedangkan menunggu emas turun dari langit pun sudah buat mulut muncung macam itik . Bukankah itu kecewa ?


Aku mengakui bahawa aku pernah dikecewakan . Aku dikecewakan dalam diam . Pertanyaan yang kian membisu . Sehingga kini aku tidak mendapat apa-apa jawapan . Ya , satu penantian yang sangat menyakitkan . Sangat memeritkan apabila orang yang kita tunggu itu tidak memberi apa-apa kata putus kepada  kita sehinggakan kita sendiri bingung dan keliru apa yang dia ingin jelaskan .


Tetapi sepanjang penantian itu , aku berfikir dan merenung seketika . Aku melihat bahasa tubuh yang dia lakukan dan apa yang dia ingin sampaikan dari segi telipati mungkin . Selain itu , aku mendengar khabar-khabar daripada orang lain . Aku cuba mencari kesimpulan daripada seorang insan ini . Soalan "Mengapa dia mulai berubah ?" semakin lama semakin aku dapat mengagaknya . 


Mungkin dia selalu berfikiran "Aku tiada ilmu yang cukup di dada , bagaimana aku mahu mendidik anak-anakku nanti ?" "Aku tidak ada kerja tetap bahkan masih lagi menjadi seorang pelajar , bagaimana aku mahu menyara hidup keluarga baruku nanti ?" "Aku sememangnya seorang penakut , sekiranya aku betul-betul sayang akan dia , mengapa aku tidak memberanikan diri untuk bertemu bapanya agar mendapat restu untuk . . . . berkahwin ?"


Ya , aku rasa dia ingin memberikan jawapan seperti itu tetapi dia tiada keberanian untuk berkata sebegitu . Aku seorang yang sangat sensitif . Kadangkala aku cepat melatah setiap penjelasan seseorang . Mungkin dia mahu menjaga perasaan aku . . . . Terima kasih atas kebaikan itu .


Sekiranya itu jawapannya , saya tidak kisah bahkan saya sangat menghormati keputusan anda kerana antara kalangan sahabat baik anda , anda sangat matang memikirkan tentang hubungan . Ya , saya faham . Tetapi saya ingin kata-kata yang meniti di bibir itu sendiri . Saya nak tahu perkara sebenar yang telah saya simpulkan yang mungkin samar-samar saja . Saya mahu keterangan yang jelas .


Seorang lelaki yang berani menyentuh kamu bukan bermakna dia menyayangi kamu tetapi dia menghina kamu . Lelaki yang menyayangi kamu tidak akan sentuh kamu tetapi dia akan bernikah dengan kamu . Baru dia akan memegang kamu . Secara halal . . . 
Wardina Safiyyah

Saya terima jawapan itu kerana saya tahu lelaki baik gemar melarikan diri daripada melakukan perkara yang telah ditegah . Terima kasih kerana anda menyedarkan saya walaupun tidak dizahirkan dengan bicara .

nota muzik : Sahabat , tak usah mencari cinta kerana selagi kau hidup , selagi itulah engkau dicintaiNya .

Saya sayang orang yang baca entry saya !

No comments:

Post a Comment

Berani kerana benar , takut kerana salah .