Friday, January 20

Kehilangan.

Aku berazam tahun ini aku mahu menjadikan tangisan aku ini berkualiti . Pada waktu yang sama , aku juga punya hati yang lembut . Tidak mudah kuat mendengar berita yang tidak menyenangkan aku . Aku perempuan yang cepat tersentuh . Aku akui sangat menjengkelkan kepada orang lain tetapi itulah diriku . Mungkin tidak akan berubah sifat semulajadi yang aku miliki itu .

Kehilangan . Satu perkataan yang memberi impak kepada semua insan termasuk juga diri aku ini . Aku tahu bahawa setiap pertemuan pasti ada perpisahan namun menjadi luluhnya hati ini adalah sepanjang pertemuan itu aku mencoret dan melukis kenangan indah bersama rakan-rakanku . Suka dan duka dikongsi bersama walaupun duka itu datang daripada aku sendiri yang agak sensitif ini . Aku akui mereka adalah sahabat yang baik . Tiga tahun aku bersahabat dengan mereka dan sampai masanya mereka pergi untuk merealisasikan impian mereka . 

Aku tiada hak untuk menghalang tetapi aku terasa kehilangan tersebut . Sahabat yang aku sudah anggap seperti saudaraku sendiri akan pergi untuk mencari dan menimba ilmu yang lebih baik nanti . Aku di sini berazam mahu menjadi seperti mereka . Mereka yang sudah berjaya dalam peperiksaan penting pada tahun lepas ini telah mendapat tawaran yang bagus untuk menimba ilmu . Sahabat , tuntutlah ilmu kerana Allah . Insyaallah hidup kalian akan diberkati olehNya .

Ya , aku dalam kejutan sekarang ini . Tidak sedar masa itu berjalan sangat pantas . Hidup yang penuh dengan 1001 kisah ini membuatkan aku mengenal erti kehidupan dan membuatkan aku berfikir tentang KEMATIAN . Ya , semakin meningkat usia , semakin kita akan mendekati sesuatu yang pasti itu . Mati .

nota muzik : Di lubuk hati ini berharap kalian tidak tinggalkan aku . Aku perlukan kalian dalam menempuhi alam persekolahan akan datang .

Saya sayang orang yang baca entry saya !

1 comment:

  1. Kehilangan kawan rapat tu menyakitkan tapi semuanya ada hikmah. Doakan dia berjaya :)

    ReplyDelete

Berani kerana benar , takut kerana salah .