Friday, February 3

Hidup harianku.

Hari persekolahan.

  • Kerjasekolah.
  • Ulangkaji pelajaran.
  • Buat nota.
  • Menyiapkan tugas kursus.
  • Buat lagi semula seperti diatas.
  • Jadi panda comel (kes berjaga malam buat kerjasekolah)
  • Kelas tambahan (petang dan malam)


Hari cuti persekolahan.

  • Facebook
  • Twitter (ehh , bukan saya lupa password ke ?)
  • Blogger
  • Tonton movie Jepun.
  • Ulangkaji pelajaran (Azzah , are you sure??)
  • Buat kerjasekolah (itupun last minute) 

Desis hati : Errr . . . Assalamualaikum . Azzah . . . Saya nak cakap sesuatu boleh ?

Saya : Walaikumussalam . Ya , apa dia ?

Desis hati : Awak nak hidup begini lagi ke ?

Saya : Saya pun taktahu . Saya dah buat terbaik untuk diri saya tetapi saya tak mampu . Saya rasa saya tak bersedia lagi .

Desis hati : Sumbat kasut dalam mulut baru tahu . Dah jadi calon PMR pun masih tak sedar diri lagi ke ? Saya rasa awak kena basuh dengan dawai besi pun boleh tahan .

Saya : Agak-agaklah kalau nak dengan dawai besi . Laginya kalau saya dikecualikan dari PMR macam mana ? Susah pula awak nanti .

Desis hati : Memanglah ! Dah saya dalam diri awak =.=

Saya : Aah . Lupa pula . HEHE . Sorry

Desis hati : How about awak tukar kitaran hidup awak ketika sedang bercuti begini : 

Hari cuti persekolahan
  • Buat kerjasekolah.
  • Buat nota.
  • Ulangkaji pelajaran.
  • Baca buku (tak kisahlah asalkan nama BUKU)
  • Tidur waktu tengah hari (ikut sunnah Rasulullah)
  • Buat solat sunat (tak kiralah solat hajat , solat dhuha ataupun solat tahajjud)
  • Melayari internet (Kalau boleh jangan lebih daripada sejam!)

Saya : Asal banyak sangat kena buat ni? =.=

Desis hati : Senyaplah ! Buat dulu , baru rasa macam mana .

Saya : Oklah , nanti saya cuba ya .

Man Jadda , Wajada . -sesiapa yang bersungguh-sungguh pasti mendapat hasilnya-

Nota muzik : Ahad ini Maulidur Rasul . Bestnya dapat berarak sambil berselawat kepada Rasulullah . 

Saya sayang orang yang baca entry saya !

No comments:

Post a Comment

Berani kerana benar , takut kerana salah .