Monday, December 19

Terima Kasih.

Terima kasih tetapi sekali kau kotakan janji akan aku ingati sampai bila-bila .
Terima kasih tetapi sekali aku terasa disakiti , hati ini mulai menjadi benci . 
Terima kasih tetapi sekali kau memungkiri apa yang kau katakan , tiada kepercayaan lagi yang aku dapat berikan . 
Terima kasih walaupun perkara itu dianggap remeh tetapi sangat menyakitkan hati gadis yang penghiba seperti aku .
Terima kasih tetapi sekali kau lakukan tanpa aku mengetahui , aku hampir menganggap kau seorang yang penipu . 
Terima kasih tetapi sekali kau cuma menanam tebu di bibir , aku berfikiran bahawa aku bodoh mempercayai semua perkara dusta itu . 
Terima kasih tetapi sekali kau mencabut semula benang yang sudah kemas dijahit ini , bertaburanlah segala rasa sayang dan kasih aku yang kemas tersimpan di hati . 
Terima kasih tetapi . . . . aku sakit pada waktu yang sama .
Namun ,
Siapalah aku untuk membenci orang yang tidak pernah buat salah kepada aku ? Ya , aku bertindak mengikut kehendak hati sendiri . Namun , aku adalah manusia biasa . Manusia yang masih memberi kepercayaan kepada orang yang paling aku rapat . Mengapa segan-silu untuk berkongsi bersama aku ? 
Aku mengaku aku adalah seorang budak yang sangat naif yang bodoh yang cepat mempercayai kata-kata orang lain . Ya , aku sudah biasa diperlakukan sebegitu . Aku redha . Aku tahu aku salah . Aku naif . Ya , aku cepat percayakan orang . Ya , memang panggilan sesuai untuk diri sendiri .
Ya Allah , mengapa aku jadi begini ? Astaghfirullah . . . Adakah aku terlalu kejam menaip sedemikian ?
Tetapi bagaimanapun , aku tetap ingin berterima kasih kerana pernah jadikan aku sebagai sinar hidup kau walaupun suluhannya tidak seterang mana . Aku tahu kau menjumpai yang lebih baik . Aku sangat gembira sekali tapi sayang kau ibarat lupa apa yang kau katakan kepada aku . Ahh . . Tidak mengapa . Aku anggap kau adalah sahabat terbaikku . Aku tidak pernah marah kerana kau sudah berbaik dengannya malah aku lebih gembira !
Tetapi , kepercayaan mula luntur . Maafkan aku . Aku berundur saja dari pentas hidup kau . Baiklah tepukan gemuruh . . . *tunduk dan berlalu pergi keluar dari pentas* 
nota muzik : Terima kasih kawan . Akanku ingat apa yang kau katakan kepada aku :)

Saya sayang orang yang baca entry saya !

No comments:

Post a Comment

Berani kerana benar , takut kerana salah .