Sunday, December 18

Ombak Detektif

Assalamualaikum ! Dah lama tak update blog ^O^ Yeah . Semenjak dua menjak ini saya layan blog baru saya . Erm , carilah sendiri . Segan pula nak ping dekat sini :p Ok-ok . Main-main saja . Di >sini< . Malam ini aku nak buat review filem yang aku nak tengok :D 
Aaauuww Tak rasa dia sangat handsome ke wahai readers ku yang dikasihi ?? I mean , dia kelihatan sangat kacak dan bergaya sewaktu dia menjalankan penyiasatan , cara dia berfikir . Haa . . . Kalau anda pembaca tegar Buku Sherlock Holmes , pasti kamu dapat bayangkan sendiri kehandsomean dia *ayat BM fail* . Ya , imaginasi yang tinggi ini kalau nak bayangkan Greyson Chance jadi watak Sherlock Holmes pun boleh jadi HAHA . 
Aku memang minat gila Sherlock Holmes sejak aku darjah enam lagi . Memang gila punya addictor ! Sampaikan nampak buku-buku Sherlock Holmes dekat MPH , Popular Book atau Borders , aku akan buat muka paling comel depan ayah aku agar dia akan cair dengan pujukan aku untuk membeli buku tersebut xD Ya , sebagai anak kena pandai ambil hati ayahnya . Tapi jangan selalu ! 
Hari Khamis *insyaallah* aku akan pergi tonton wayang bersama ayah aku tonton cerita Sherlock Holmes. Ibu dan adik-adik taknak ikut . Mereka tak ada minat dengan cerita sebegitu rasanya . Adik-adik mahu tonton cerita Puss In Boots dan Alvin and Chipmunks 3 . Ibu nak layan Ombak Rindu tapi sayang , tak ada siapa nak temankan termasuk aku . HAHA . Sorry , tak ada minat rasanya pasal cerita cinta ini . I mean , novel dia sajalah . 
Ramai rasanya yang pelik kenapa aku tak nak tengok cerita Ombak Rindu . Erm , senang cerita , setiap orang ada ragamnya , ada minat dia sendiri . Buka novel cinta pun , setahun pun tak habis lagi walaupun mukasurat cuma ada 500+ . Tapi novel cinta yang aku menangis , Novel Tangisan Bulan Madu . Hahaha . Boleh tahanlah . Kalau director Filem Ombak Rindu adaptasikan cerita Tangisan Bulan Madu , insyaallah aku akan tengok ! Tapi tak tahulah kenapa aku macam tak ada 'feeling' nak baca novel cinta . Bak kata Akak Bibah "Maknanya awak dah nak makin matanglah tu . . ." Wah ! Banggalah juga . Tapi minat orang tak boleh nak paksa-paksakan ? Dah takdir minat benda-benda seram nak buat macam mana kan ? *Buat muka redha*
Baiklah setakat ini sahaja . Mahu sambung baca buku detektif yang dihasilkan oleh John Grisham . Terbaik ! Belilah ! Rasanya PTS ONE dah ada Malay edition . Khas untuk orang yang minat cerita seram dan detektif seperti saya :D Bye dan assalamualaikum . Sayonara ~
nota muzik : 22/12/2011 result PMR keluar . Aku pula yang nervous semacam . PMR 2011 terasa kebahangan !

Saya sayang orang yang baca entry saya !

No comments:

Post a Comment

Berani kerana benar , takut kerana salah .