Wednesday, December 21

Declare?

Aku rasa ramai orang dekat muka bumi ini ingin disayangi dan menyayangi . Lagi-lagi kalau orang yang 'istimewa' buat mereka . Ya , aku juga ada perasaan begitu kerana itu merupakan fitrah manusia bukan ? Sedangkan kanak-kanak kecil menangis merengek pun akan mencari ibunya yang tersayang terlebih dahulu . Jangan nak menipu kalau korang tak macam itu sewaktu kecilmu :p

Lagi satu , tak dinafikan sekarang memang ramai orang ada pasangan-pasangan couple . Ya , aku pun pernah merasai tetapi bagi aku , aku mungkin tak bersedia lagi rasanya tentang hal sebegini . PMR pun tak lepas lagi , jangan haraplaa~ Tapi kalau aku kan better jadi kawan sahaja . Insyaallah sampai bila-bila kita akan jadi kawan . 

Bukan apa , kalaulah kita dah declare dia sebagai 'boyfriend/girlfriend' kita , sebenar-benarnya akan memberikan kesusahan kepada kita juga . Contoh , Si A cemburu akan Si B kerana rapat dengan perempuan lain . Mulalah bergaduh sana-sini dan clash . Adohai , sadis hidup begitu . 

Lepastu , sanggup berhabis duit topup kredit diri sendiri and orang yang anda sayangi itu untuk bertanya "Tengah buat apa?" "Dah makan belum?" "Dah mandi belum?" . Rasanya tanya dekat kucing jiran sebelah lagi bagus HAHA . Bukan nak mengutuk ok . Aku nak kita semua fikir secara logik . Lebih baik guna beli buku cerita dekat kedai buku . Paling murah pun RM6 . Best kot . 

Lepastu , kita sendiri rasa terkongkong sebab kita tak boleh selalu rapat dengan orang lain terutama dengan kawan-kawan yang berlainan jantina untuk tujuan pelajaran dan seangkatan dengannya . Dah orang yang anda sayang itu terlalu cemburu blind sebab kita luangkan masa dengan orang lain dan dia berfikiran kita tak menghiraukan dia . See ! Dah jadi susah bagi yang kaki cemburu itu . Sadis . . Sadis . .

Kalau kita declare dia 'kawan/teman/sahabat' Insyaallah , dunia dan akhirat dia adalah kawan kita . Kita takkan rasa malu apabila kita bertemu dengan dia walaupun kita sebenarnya ada perasaan dengan dia . HAHA . ktipu . Aku pun adalah blushing juga tetapi tak adalah malu macam kita jumpa pakwe/makwe kita bukan ? Selain itu , kita punya kredit pun bukan habis mana pun sebab macam kita syok sendiri yang terlebih ambil berat fasal tentang orang yang anda suka itu kan ? So jimat lettew ! 

Kita juga tak adalah nak jealous dengan dia lebih-lebih . Ok saja dia borak dengan orang lain . Memang tak adalah rasa nak serang orang itu sebab kita anggap dia kawan kita sendiri . Yalah , sebab dia siapa untuk kita kan ? Lainlah dia suami/isteri kita . Kalau gf/bf itu , tak tentu lagi mendapat ikatan yang sah bukan . Kita juga tak adalah nak terikat . Sedangkan suami isteri tak adalah sampai nak berkepit 24 jam . Asyik nak dilayan saja . Hello , they still have their own life . So , jangan kongkonglah . Ok ? 

Chill , Tuhan dah tentukan kita jodoh dengan siapa . Tak perlulah cari waktu kita masih mentah dan masih lagi ingin mengenal erti kehidupan . Tunggu dah besar , dah ada kerja , dah ada ilmu yang penuh di dada untuk sara keluarga dan memberi ilmu fardhu 'ain dan fardhu kifayah kepada anak-anak anda nanti barulah fikir tentang hal itu . JUST MY OPINION ok .  Insyaallah , dengan kita berkawan , ukhwah antara kita akan berkekalan . Aku buat entry ini sebab aku baru terbangun dari 'tidur' dan sekadar luahan hati . So , itulah ayat semacam saja . 

So , kepada yang tersentap baca entry aku ini , minta maaf sangat-sangat . Tak niat apa-apa pun melainkan cuma meluahkan perasaan dan memberi pandangan terhadap hal sebegini . Aku cuma budak sekolah menengah yang masih lagi mencari ilmu -___-Y

Btw , good luck untuk batch 1996 ! Esok ambil result ! Good luck untuk Akak Natassha Azahar , Akak Liyana , Akak Shahira , Akak Alia , Akak Wanie , Akak Intan , Akak Yana , Akak Afifah ,  Am , Aziz , Saief , Aizuwan , Isyraq , Muzamir , Azri and lain-lain . Ramai sangat budak form 3 dekat Clifford -___-' HAHA . Aku gemuruh jiwa gila-gila ! 

Baiklah . Aku rasa aku banyak membebel dalam entry ini . Cukup sampai sini saja . Bye dan assalamualaikum . Sayonara ~
nota muzik : Kita selalu dengar 'bekas kekasih' tetapi jarang pula dengar 'bekas kawan' . "Persahabatan lagi kukuh daripada percintaan" -aie-

Saya sayang orang yang baca entry saya !

No comments:

Post a Comment

Berani kerana benar , takut kerana salah .