Tuesday, December 27

Menangislah sekarang.

Assalamualaikum semua . Yeahh . Sedar tak sedar , tirai cuti sekolah semakin tertutup . Waa . . . Tak puas cuti lagi T_T Kenapa jadi macam ni ? Aku tak dapat terima kenyataan ini ! Arrghhh ! *drama sedih* 
And paling aku tak dapat terima bahawa aku akan menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun hadapan . Ya Allah ! Memang dah nak makin tua usiaku walaupun tidaklah setua mana pun . Seram kot nak masuk dewan sekolah pada bulan Oktober nanti . Dewan ini ibarat hantu . Sekali masuk memang meremang bulu roma satu badan . Lagi-lagi kalau dewan sunyi HAHA
Persediaan ? Erm , alat tulis , baju sekolah alhamdulillah aku dah beli tapi guna duit ibu and ayah . *Thanks ibu ! Thanks Ayah ! :D* Kalau segi pembelajaran , tak sampai 100% . Cuti ini , saya banyak buka buku faveret subjek saya , Geo . Best kot . Heee . Kerja sekolah ada certain tak siap lagi and nak siapkan sebelum kena duduk depan kelas . Seganlah nak pakai blusher semulajadi nanti -.-Y
Nak menangislah macam ni . Saya nak menangis sebab saya sedar saya banyak main dua tahun ini . Rasa menyesal pun ada . Asyik berbulan madu saja . Sedih sangat saya buat banyak masalah dengan cikgu tahun ini . Ya Allah , memang aku banyak berdosalahhh . . . 
Tapi cikgu sekolah rendah aku pernah cakap , 
Menangislah sekarang daripada kita menangis waktu ambil result peperiksaan nanti .
Maksudnya , kita menangislah sekarang disebabkan kelemahan atau kesalahan yang kita buat . Jangan pada waktu kita ambil result nanti , menangis tak berlagu sebab menyesal dapat markah tak memberangsangkan . So kepada PMR 2012 candidates , wake up ! Kita kena serius untuk tahun depan . Tak boleh main-main . Nanti dapat suam-suam suku , terjun pula dari bangunan pusat membeli-belah nanti . Nauzubillah . . . Harap-harap dijauhkan keinginan buat perkara tidak wajar sebegitu :>
 nota muzik : btw, karangan bahasa arab saya tak hafal satu habuk lagi T.T Arh ! Memang kena marah dengan ustazah lah nanti .  

Saya sayang orang yang baca entry saya !

2 comments:

  1. insya allah boleh kalau usaha dari awal..good luck for you

    ReplyDelete
  2. Terima kasih . Insyaallah saya akan buat terbaik untuk tahun depan :>

    ReplyDelete

Berani kerana benar , takut kerana salah .