Saturday, December 24

Ganjaran.

Assalamualaikum . Ucapan indah untuk pemulaan bicara . Hari ini , aku dan keluarga bercuti di Mid Valley . Best kot sebab hormon 'feminin' aku dah keluar . Semua benda yang comel bagi aku nak tapi berkat mak dan ayah sangat sporting dapatlah tunaikan permintaan aku HAHA . Sekali-sekala jadi begini . Tak salah kaaann ? 
Sambil aku cuci mata dekat Jusco , ada orang buat promosi diskaun . Beg tangan wanita dia bagi 80% diskaun . Terbaik kot sebab dari RM200 boleh jadi RM40 ke bawah . Original handbag dari Polo pula tu . Terbaik betul . Ramailah yang berpusu-pusu nakkan beg tu terutama perempuan-perempuan yang ada disitu termasuklah aku dan mak aku . HAHA . Erm , aku adalah 'ter'minat satu beg warna ungu yang harga dia RM200+ tapi dia bagi diskaun RM47 tak silap . Ori !!! Adohai , naklah kan , alang-alang dah terlebih 'girly' hari ini kan . Mak aku pun dengan baik hatinya belikan juga . weee *melompat macam kanak-kanak Ribena*
Tapikan , sepanjang tengok orang berpusu-pusu tempat beg tangan itu kan , aku terfikir satu benda sahaja dalam otak aku . 
Semua orang berpusu-pusu dan berebut-rebut apabila ada sign dekat shopping complex tulis pasal 'diskaun' . Begitu happynya kita dapat benda yang kita nak itu dengan diskaun . Tapi Allah dah bagi diskaun dan ganjaran kepada kita lagi-lagi pada waktu bulan Ramadhan . Segala amal ibadat kita lakukan akan kita dapat pahala yang berganda-ganda . Kenapa ramai juga yang masih baring kekenyangan di rumah sedangkan waktu itu adalah waktu sesuai untuk melakukan solat sunat terawih ? 
Kenapa masih 'gatal' lagi mulut kita ini mengumpat sedangkan ketika itu kita sendiri sedang berpuasa ? Wallahualam . Adakah kita sedar segala barang yang kita akan dapat di Syurga adalah percuma ? Adakah kita tidak tahu bahawa semuanya telah dibayar dengan amal ibadah dan ketaatan kita untuk menyembah Allah yang Maha Esa ? Kalaulah pahala itu dalam bentuk yang zahir , aku pasti semua orang akan kejar untuk melakukan kebaikan dan kembali menyembah Allah . Tapi pahala adalah ghaib . Tidak nampak oleh mata kasar . Apatah lagi Syurga dan Neraka . . .
Ececehhh . . . . Ayat aku berbunga-bunga pula hari ini . Tak apalah . Yang penting aku puas dan dapat luahkan dalam blog . Best kot . Hoho . Sebelum aku menaip ini entry , aku baru saja selesai menonton cerita 'Alvin And The Chipmunks 3' di pawagam . Seronok dan menarik ! Tambahan pula ceritanya penuh dengan nilai-nilai murni yang boleh kita contohi . Insyaallah .
Baiklah . Pada pukul 12:10 , aku dan ayah akan pergi menonton cerita buah hati kesayanganku , Sherlock Holmes :3 Tak sabar nak jumpa buah hati ! bye dan assalamualaikum . Sayonara ~
nota muzik : Dunia ini sementara . Tidak selamanya akan kekal . . . .

Saya sayang orang yang baca entry saya !

No comments:

Post a Comment

Berani kerana benar , takut kerana salah .