Thursday, December 29

Tolonglah.

Harini aku buat perkara yang gila . Sangat gila . Aku buat sebab . . . . aku gila !  Aku macam syok sendiri tadi . Ya , aku gila bayang dan kuat perasan . Kenapalah aku terbuai sekejab tadi ? #dush. Aku . Kau . Nothing . . . Just friend . Tak lebih daripada itu . 
Tolonglah Azzah , gila ke kau tunggu dia sebab nak makan sama-sama ?
Tolonglah Azzah , gila ke kau pergi duduk sebelah dia ?
Tolonglah Azzah , gila ke kau ketawa sama-sama dengan dia ?
Tolonglah Azzah , gila ke kau menggedik depan dia ?
Tolonglah Azzah , gila ke kau emo bila dia bagi pinjam barang yang kau hadiahkan kepada member dia ? 
Tak perlulah nak mengada-ada Azzah . Dia tak ada respons dekat kau . Dia anggap kau . . . kawan . Kau faham ??? K.A.W.A.N. ! Yang kau nak lebih-lebih kenapa ? Please jangan jadi minah perasan . Urghh . . . Rasanya kepala kena hempap dengan dinding baru nak sedar rasanya . Kau sedarlah yang kau tu nak PMR tahun depan . Tolonglaaahhh . . . 
Astaghfirullah . . . Allah sayang kau , Dia nak simpankan kau untuk lelaki yang layak untuk kau . Tak payah fikir . Fikir nak jadi geologist berjayakan Azzah ?? :') Kau nak rasa suka tak apa , jangan melebihi perasaan itu daripada-Nya . Insyaallah . 
Aku gila harini . Cakap sorang-sorang dalam blog . And aku sendiri terasa apa yang aku taip itu . kfoinne . Semua dah buat muka pelik . Bye dan Assalamualaikum . 
nota muzik : I had a crush on him since I was 12 . Almost three years . That's why I never forget him .

Saya sayang orang yang baca entry saya !

No comments:

Post a Comment

Berani kerana benar , takut kerana salah .