Tuesday, November 8

Sabar sajalah.

Kalau demam , mesti rasa pening-pening lalat sampaikan berjalan pun dah tunggang-langgang . Nasib baik tak langgar pintu bilik air . Sabar sajalah . 
kalau demam , mesti suhu badan naik sampai jadi rimas dibuatnya . sampai rasa nak letak ais saja dalam baju . Sabar sajalah .
Kalau demam , mesti mata berpinar-pinar . Mata yang bulat comel sebelum ni dah jadi macam panda . Tambah lagi warna merah . Sabar sajalah .
Kalau demam , mesti sakit-sakit sendi . Sampaikan , tak boleh bangun dari katil . Nak menangis pun itulah yang kena hadapi . Sabar sajalah .
Kalau demam , mesti makanan yang kita makan rasa tak sedap . Kalau makan ayam KFC pun dah tak rasa macam ayam KFC . Sabar sajalah .
Kalau demam , mesti kena makan ubat telan . bila telan , mesti muntahkan balik sebab tak suka makan ubat telan . Sabar sajalah .
Kalau demam , suara kita yang merdu macam Siti Nurhaliza ni transform jadi suara Awie dalam cerita Hantu Kak Limah tu . Sabar sajalah.
Tapiii...
Tuhan Maha Adil . Tuhan nak suruh saya pandai jaga diri . Tuhan suruh saya munasabah diri . Tuhan suruh saya beringat sebab saya banyak buat tidak peduli dengan keadaan diri sendiri . Saya tidak ambil kisah bagaimana pengambilan makanan saya tiap-tiap hari . saya tidak ambil kisah dengan apa yang saya buat tiap-tiap hari .
Bila Tuhan bagi saya penyakit , saya baru nak ingatkan Dia . Ya , saya manusia biasa yang serba buat kesalahan . Astaghfirullah...
nota muzik : uhuk uhuk... senang celite aku demamlah =_='' uhuk uhuk... 

Saya sayang orang yang baca entry saya !

No comments:

Post a Comment

Berani kerana benar , takut kerana salah .