Saturday, November 12

Anta memang hebat.

ehem-2 . izinkan saya untuk menggunakan penggunaan Bahasa Arab ya ? Tak banyak sikit saja :) 
Anta ingat tak dulu . kita selalu main mesej tapi jarang guna nama pelik-2 . panggil nama saja pun sudah mencukupi . rasanya kalau orang lain baca pun naik muntah juga . 10 ringgit topup pun boleh habis untuk satu malam . membazirkan ? ibu ana cakap membazir itu amalan syaitan . 
Kalau dah berjauhan , mulalah 'jauh di mata dekat di hati' rasa rindu gila-2 . siap cite dekat facebook lagi . tapi kan , ana baru tahu itu dah dikira zina hati . ana takut sebab hati ana merupakan raja di dalam diri ana . ana takut anta juga ada rasa yang sama . ya itu dikira zina hati . astaghfirullah . terasa berdosa . 
ibu ayah ana tau pasal kita . begitu juga dengan anta . mereka tak kisah asalkan tidak ganggu pelajaran . tapi kan , belum tentu anta adalah jodoh ana . belum tentu anta yang layak mencium dahi ana selepas selamat diijabkabul dan belum tentu umur ana panjang begitu juga anta . ana takut kita akan melakukan perkara tidak baik . mana tahu ? orang ketiga iaitu syaitan akan sentiasa menggoda bukan ?
Tapi , lama-2 , anta jadi lain . anta selalu buat-2 tak tahu dengan ana sampaikan ana sendiri merajuk dengan anta . ana fikir anta tak sayang sama ana lagi . ana marah dengan anta . ana tak tahan lama sebab anta tak layan macam dulu . ana tak sedar semuanya disebabkan nafsu sendiri . ya , memang kenyataan semua itu dari nafsu saja kan ?
ana cari jawapannya sendiri . sejak kebelakangan ini , ana sentiasa mencari jawapan apa yang ana rasa kabur dan tidak nampak . hari ini , ana nampak jelas dan terang . ana dapat apa yang anta nak bagi . anta sebenarnya ada rasa suka tetapi kalau anta luahkan pun tidak akan merubah apa-apa dan anta sendiri pun tak boleh buat apa . anta tak ada hak lagi untuk ana . anta sendiri cakap begitu kepada ana . 
dua-2 masih lagi mentah . dua-2 masih lagi pelajar . dua-2 masih panjang perjalanan dan banyaklah 'masihnya' . jawapan yang anta bagi buat ana malu sangat-2 dan pada waktu yang sama memberi kesedaran kepada ana sendiri . terus terang ana katakan , anta peneraju utama untuk menembus keluar dari terperangkap dalam dunia khayalan cinta monyet mungkin . namun , ana di sini setia menanti . sekiranya ada jodoh , alhamdulillah . sekiranya tiada , tidak mengapa . Allah telah menjanjikan yang terbaik untuk kita berdua .
ana menganggap anta cuma kawan rapat , abang dan senior sahaja . cukuplah setakat itu . ana merasakan itu sudah selesa untuk ana dan selesa bagi anta juga . namun begitu , ana mampu katakan anta memang hebat kerana anta mampu melakukan perkara sebegini untuk kepentingan kita berdua . anta sayang ana dengan berbuat begini agar kita berdua tak terleka . terima kasih . anta memang hebat . jasamu kenang .  

Saya sayang orang yang baca entry saya !

No comments:

Post a Comment

Berani kerana benar , takut kerana salah .