Wednesday, November 16

Kami menang!

Assalamualaikum ! rindu korang . ya , hari ini mood aku tak berapa nak stabil . happy pun ada rasa tension pun ada , rasa sedih pun ada . semua itu dicampurkan menjadi satu ! pergh . memang tengah tak stabil sungguhlah kitew ni -.- HAHA
Baiklah . hari ini aku mahu story sama korang pasal entry UBK SMK CLIFFORD. kalau korang dah baca baguslah . kami bertanding pada 11.11.2011 yang lalu . nombor yang cantik bukan ? tapi saat kami bertanding adalah saat yang begitu indah . macam mana budak lelaki tak dapat duduk asrama sebab dah penuh . adohaai . kasihan sungguh . nasib baik cikgu dah sewa satu rumah untuk kami . cuma pelajar-2 yang terlibat dengan pertandingan My Talent saja yang duduk di asrama . yelah , sebab mereka perempuan HEHE
And cuba bayangkan 5 pelajar dari SMK Clifford bertanding untuk 3 pertandingan pada malam itu . dahlah ketiga-tiga pertandingan dilakukan secara serentak T_T memang kalut dan semua buat muka serius yang tak pernah seserius macam tu HAHA #ayatpelik . pertandingan tersebut adalah Pertandingan Video Korporat , Pertandingan Facebook dan Pertandingan Blog . 
So , disebabkan kami ada 5 orang saja , aku , am a.k.a abang PM and aziz masuk untuk blog . saief dan aizuwan untuk facebook . untuk video pula , am dan saief . mereka pandai bab-2 editing video . jadi , mereka perlu ada . tetapi sewaktu taklimat bertanding blog , pelajar tak boleh keluar sehingga pertandingan tersebut tamat . memang cuak habis sebab am kena keluar untuk pertandingan video . Abang Amali , jurukamera sekolah cuba tanya dan meminta kebenaran agar salah seorang boleh keluar untuk bertanding video . Alhamdulillah , mereka bagi juga -____-' Am sempat bertanding dengan hakim pertama saja . kami berdua harus face to face dengan tujuh orang hakim . memang terbaik.
selesai bertanding , aku dan aziz lari-lari anak pergi ke dewan sekolah tersebut . rasa sedih sangat sebab tak sempat nak tengok video sekolah kami T___T tapi tak apa . berkat yang ada ini , alhamdulillah , kami dapat menggondol tempat pertama untuk Pertandingan Video Korporat , tempat kedua untuk Pertandingan Facebook dan tempat ketiga untuk Pertandingan Blog . Oh jangan lupa , tempat keempat untuk Pertandingan My Talent :) seronok sangat ! lagi touching si Aizuwan pergi buat status macam ni : 
HAHA ! sorry aku cepat tachink . tapi memang terbaiklah perasaaan bersama dengan 4 jejaka ni . haha . sebagai kawan sahaja ok -.- tak lebih daripada itu . erm ? yang sorang lagi tu ? no komen laa ~ HAHA 
Baiklah . saya tak mahu cakap panjang-2 . bak kata pepatah yang direnovate sendiri "when words fail , pictures speak." . hope enjoy tengok :)
Aziz , Am and Aku waktu pertandingan blog ^^
Am dan Saief sewaktu pertandingan video korporat.
Alhamdulillah , selesai giliran :D
Pagi-2 sebelum nak pergi ke dewan sekolah . entah hantu mana yang sampuk -.- poyo HAHA
Aku dan Aizuwan jadi juri awam untuk Pertandingan My Talent.
Ehem-2 , siapa ada Ipad bolehlah tengok facebook dan blog kami XD

Berkat abang long kita tak tido malam buat video -.- HEHE #sorrysenget.
adik-2 my talent kita !

Ok . taknak letak banyak-2 . nanti bosan pula baca nanti . actually , gambar dia banyak sangat . kalau nak tengok lebih lanjut , anda semua boleh tengok dekat Facebook UBK Clifford and Blog UBK Clifford. terima kasih :) sudi-2 lah like and follow kawan-2 ! hehe #ayatbodek. oklah . cukup setakat ini saja . bye dan assalamualaikum . sayonara .

Saya sayang orang yang baca entry saya !

No comments:

Post a Comment

Berani kerana benar , takut kerana salah .