Thursday, October 13

Boleh saya berubah ?

Saya seorang yang sangat pemalas . Boleh tidak saya hendak berubah jadi rajin ?
Saya seorang yang cepat berputus asa . Boleh tidak saya hendak berubah menjadi seorang yang ada hala tuju hidup untuk masa hadapan saya ?
Saya seorang yang cukup luluh hatinya . Boleh tidak saya hendah berubah untuk mencari seribu satu kekuatan dalam diri yang serba lemah ini ?
Saya seorang yang suka bersendirian . Boleh tidak saya hendak berubah menjadi seorang yang peramah dengan orang sekeliling saya ?
Saya seorang yang KO dengan subjek Matematik . Boleh tidak saya hendak berubah menjadi cerdik seperti Albert Einsteins yang telah menjumpai teori asas untuk Matematik Tambahan ?
Saya seorang yang tidak tahan dengan nafsu internet . Boleh tidak saya hendak berubah menjadi seorang yang cuma pandang sinis kepada kawan sebelah yang asyik layan CMPC dekat kelas sedangkan waktu itu saya sedang mengulangkaji ?
Saya seorang yang cepat merajuk . Boleh tidak saya hendak berubah untuk menahan sabar apabila telefon bimbit saya tidak berbunyi ? 
Saya selalu beranggapan semua yang saya lakukan adalah sukar . Boleh tidak saya hendak berubah untuk beranggapan positif dan seronok melakukannya dalam semua perkara ?
Saya seorang yang pelupa . Boleh tidak saya hendak berubah untuk menguatkan ingatan saya agar saya tidak sukar untuk menghadapi hidupan harian ?
Saya memikirkan bahawa saya tidak sepandai mana . Boleh tidak saya berubah untuk mendapat 9A yang telah dijanjikan ?
Jawapan : Azzah , semua itu boleh anda dapat sekiranya anda berusaha bersungguh-sungguh dan berdoa kepada Tuhan agar diberkati usaha yang kita lakukan . insyaallah :) 
Nota muzik : dalam demam peperiksaan . doakan saya berjaya :) amin . 

Saya sayang orang yang baca entry saya !

4 comments:

  1. Segalanya bergantung kepada diri anda sendiri . Jika anda tidak berusaha hendak berubah , Allah tidak akan mengubah takdir anda . Good luck in changing yourself .

    ReplyDelete
  2. Good luck Azzah. Akak percaya pada diri Azzah. Semua tu x mustahil. It's NOT impossible, since there IS a 'possible' word that exists in this world, which can fight against the 'impossible' word. Good luck once again sayang, all the best. Akak sayang Azzah (= Mcm adek akak.

    ReplyDelete
  3. @Nornatassha Ahmad Azahar , insyaallah :') thanks bagi support dekat saya .

    ReplyDelete
  4. @Adelle Kayzèr thanks akak kerana percayakan saya . dan terima kasih atas segala-galanya . sayang juga akak kita ni ;D

    ReplyDelete

Berani kerana benar , takut kerana salah .