Saturday, October 1

Piano , miss you sayang.

HAHA . tajuk entry ni kalau abang PM baca/dengar , muncung dia mesti boleh nampak dari 40 kilometer ni . ok-2 . takkan asyik dok nak angau dekat abang sorang tu , angau dekat benda lain pun tape jugakan . taknaklah kacau dia yang dah nak exam Selasa minggu depan . 
Anak aku main piano tuuu... #mengarutdah.
encik piano , saya dah mula merasakan perasaan aneh sejak 4 tahun yang lalu . saya berasa cemburu bila awak dimainkan dengan begitu merdunya oleh cikgu saya yang menyerupai seperti singa yang garang (nama dirahsiakan HAHA) . saya nak juga memainkan alunan dengan awak .
sebab saya mula suka dengan awak , saya selalu dapat A untuk subjek muzik saya waktu sekolah rendah . saya bukan nak bangga tapi sememangnya saya terlalu obses dengan awak , encik piano . sampaikan mak saya perli saya math saya tak pernah nak dapat A -.-
saya ingat lagi cikgu tu ajar saya macam-2 dekat saya . ajar tanda rehat , setiap nama tanda rehat , teknik fingering untuk menekan keyboard/melodian . saya tahu kawan-2 saya tu mungkin fikir benda tu remeh , tetapi saya rasa itu adalah benda yang paling berharga buat saya . saya buat ini demi cinta saya kepada awak , encik piano .
tapi sayang ,  cikgu tu telah pindah . saya rasa sedih sangat-2 . saya tak tahu kenapa sedangkan dia punya garang memang membuatkan saya takut untuk berdamping dengan cikgu tu . mungkin sebab cikgu tu telah menemukan saya dengan awak . saya bahagia sangat-2 . awak telah mewarnai hidup saya .
tapi , mak saya tak restukan saya dengan awak . dia taknak saya jadi pianist popular seperti Yiruma . dia tidak mahu saya abaikan bidang-2 logik seperti matematik dan sains . saya yang naif ketika itu cuma menurut perintah saja dan saya padamkan segala apa yang diajar dengan cikgu garang itu . namun hati kecil ini masih ingin bersama awak lagi , encik piano .
tetapi pintu hati saya terbuka semula untuk menerima awak kembali . abang PM dalam proses berlajar pasal awak . saya nak berlajar semula apa yang telah diajarkan . saya nak juga merasa semula tangan ini menari-nari memainkan alunan muzik dengan awak . saya rindu sangat dekat awak . 
saya nak ibu belikan keyboard tetapi dengan syarat kena dapat straight A final exam nanti . tidak mengapalah keyboard pun , asalkan dia ada sipi-2 macam awak . saya memang rindu sangat-2 dekat awak , encik piano :'( jadi , saya kena banyak berusaha untuk final exam untuk dapatkan apa yang saya nak . saya tak kisah kalau ibu mahu tarik balik lappy , internet , ps2 dan lain-2 . asalkan cinta saya kepada awak takkan hilang macam tu saja dan ibu tak halang saya main piano dan yang berkaitan dengan muzik macam dulu . I love you , Mr Piano . doakan saya kejayaan itu . amin . 
HAHA . ayat macam nak minta kaki saja . mengalahkan orang yang couple pun ada . actually , bosan punya pasal lah aku buat entry jiwang macam ni . esok aku kena bagi balik lappy dekat ibu . tu lah yang sedih tu . bukan sedih apa , sedih tak dapat berlepak dengan geng budak budak blogger lagi :( 4 november baru aku dapat balik laptop . so , bbb , kenang daku dalam doamu HAHA . 
oklah . setakat ini sahaja . maybe last post sebelum diserahkan kot so , selamat tinggal korang . jaga elok-2 blog aku ni ya . takut bersawanglah pula nanti . bye dan assalamualaikum semua . sayonara ~
nota muzik : nak bagi something dekat abang PM hari isnin ni . heeee . 

Saya sayang orang yang baca entry saya !

No comments:

Post a Comment

Berani kerana benar , takut kerana salah .