Tuesday, September 27

Dakwah .

Assalamualaikum . HAHA . chill duluuu..... aku tahulah yang tajuk entry ni macam aku ada masalah tapi ini sebagai nasihat daripada insan yang tak beghapa nak sempurna ni untuk kasi pengajaran sikitlah dekat korang #mengarut. ok-2 . kembali ke alam maya dan mari mulakan sesi ini ya :)
Dakwah dari segi bahasa adalah bermakna seruan , panggilan dan undangan . dari segi istilah pula menyeru semua orang untuk melakukan kebaikan dan menghalang orang untuk melakukan kesilapan. ya , aku tahu semua orang pasti akan melakukan benda-2 tersebut . aku tahu mungkin ada antara mereka yang berbuat begini :
Korang , jom kita study sama-2 :D
 Erm , malam ini apa kata kita buat solat berjemaah isyak sama-2 ?
Di bulan Ramadhan yang mulia ini , marilah kita sama-2 mengisi masa yang ada untuk melakukan amal ibadah #iklantelevisyen.
ya-2 . aku tahu . ramai yang mengajak untuk melakukan kebaikan . contohlah kan , ada sebuah negara ini ditadbir oleh seorang raja . raja itu memang selalu mengajak rakyat-2 dia buat kebaikan tetapi tidak melakukan untuk menghalang rakyat-2nya yang membuat perkara yang dilarang oleh Tuhan . hoho . mestilah tak seimbangkan macam tu . tapi memang itulah yang terjadi kepada kalangan kita zaman sekarang ni . 
HAHA . memang betul pun . antara sebab-2 terjadinya perkara sebegini adalah :
  • Kalau mereka tegur , orang yang dia tegur tu akan benci balik kepada si penegur and ada rasa dendam dekat si penegur tu .
  • Kalau mereka tegur , mereka kena pangkah balik sebab mereka pun buat juga benda yang dorang buat contohnya asyik layan facebook 28 jam sehari . padahal kita pun gitu juga -.-
  • masyarakat kita memanglah sangat pentingkan diri sendiri . kirenya macam ''lantak kaulah , kau yang buat dosa , kaulah tanggung sendiri'' .
  • dah rasa diri mereka tu perfect sangat sampai dia boleh judge orang sesuka hati . contoh ''ahhh... budak-2 freehair semua jahat...'' 
ustazah pernah cerita , ada satu budak U ni kena tangkap khalwat . tambahan pula , dia tu ambil course Pendidikan Islam (tak silap tapi pasal agama) . so , kawan-2 dia selalu kutuk dia and selalu dipinggirkan . kesian diaa . sehinggakan sanggup cakap macam ni '' haaa... ni ahli neraka ni....'' nauzubillah . siapalah kita untuk judge orang macam tu sekali . dengan pakai tudung segala and semua tu jamin ke masuk syurga kita ni ? ingat , kita mungkin ada buat salah tanpa kita sedari . 
si budak U ni nak bertaubat tapi keadaan sekeliling dia macam tak sokong . dia nak luahkan apa yang nak dia buat , kawan-2 dia macam bangkang . sedihkan ? lepastu , entah macam mana , dia buat lagi dengan pakwe dia . so , bila orang tanya dia kenapa dia buat lagi , dia jawab macam ni ''tapelah . tade siapa kisah pun kan....'' . see korang , korang boleh nampak kan apa yang aku cakapkan ni ??? so , disebabkan dia malu sangat-2 , dia berhenti kot study and hilang tanpa khabar . tapi semua benda ini adalah kesan daripada kita tidak melakukan dakwah dengan sempurna . 
kedua-dua istilah yang telah ditaip itu perlu dan wajib ada . setakat nak suruh orang buat baik tapi halang benda jahat buat taktahu tak guna juga kan ? jadi , marilah kita munasabah diri seketika . 
janganlah asyik dok ''kau punya pasallah . bukan aku susah pun'' . nope . kita yang susah sebab kita dapat dosa tak nasihatkan mereka-2 yang buat salah tu . tapi kalau dah keras hati sangat-2 sampai kita nasihatkan dia pun dia buat taktahu saja , kita tawakal sahajalah kepada Allah agar dia dapat berubah dan kembali ke jalan benar . kan itu lebih baik kan ? :) 
baiklah . sebelum mengundur diri , aku mahu minta maaf sekiranya ada yang terasa hati . actually , aku buat ni pun untuk peringatan kita bersama . dan entry ni tidak ditujukan kepada sesiapa pun . just aku nak refresh balik apa yang aku berlajar waktu subjek PAI . aku harap kita semua dapat iktibar dari cerita yang aku taipkan ni . 
baiklah . nak berhenti taip . lenguh sudah terasa . maghrib sudah menjelma . bye dan assalamualaikum . sayonara ~
nota muzik : terima kasih kepada Ustazah Noreha . sebab dia , aku dapat buat entry panjang berjela-jela macam ni :) #panjanglahsangaaat...

Saya sayang orang yang baca entry saya !

No comments:

Post a Comment

Berani kerana benar , takut kerana salah .