Saturday, August 20

Tips for Newbie ~


Assalamualaikum semua :D hari ini kan hari yang memenatkan rasanya . sebab seharian mengadap kod HTML yang memualkan tuu @___@ tapi hasilnya mungkin baik . hari ni , aku edit blog kawan aku and dia baru nak memulakan hidup dalam arena blogging ni so , aku sebagai kawan dia sejak sekolah rendah kenalah support bukan ? blog kawan aku ini . so , nak bagi juga tip-2 dari opinion aku sendiri jugalah . khas untuk newbie-2 di luar sana ;DD 

Follow blog biarlah ikhlas , bukan untuk tambahkan follower .
hoho . ok-2 , jangan sesekali paksa orang untuk follow blog kita ok . nampak sangat tak ikhlas . fine , aku dulu follower ciput je , guna juga istilah ''i follow you , you follow back'' tapi sekarang dah matang kot . macam tak matured buat macam tuu =,='' sekarang follower dah 300+ XDD but follower aku bukan follow blog aku secara terpaksakan ? :3 #perasan . 

Nak guna shortform boleh jangan sampai eww sana eww sini . 
HAHA . dah gaya macam Anwar Hadi pun ada XDD btw , jangan terasa kepada sesiapa yang guna ok -,-'' actually , ikut kesesuaian diri ok . kalau dah biasa tulis macam tuu tulis jelaa . tapi jangan sampai orang lain tak faham apa yang kita baca . lagi-2 hak yang dah lagi tua daripada kita . entah faham ke tak kita tulis tuu -,-'' 

Widget jangan banyak sangat nanti blog jadi obesiti .
ok , waktu aku zaman jahil dulu , aku pun suka juga letak widget banyak-2 dekat blog sampai nampak serabut juga aku tengok -.-'' for your information , ia akan membuatkan blog korang jadi lambat loading . kalau lambat loading , mesti blogger2 yang nak blogwalking terus tutup tab . kan sedih tuu =.= kalau nak tahu berat blog korang tu terlebih obes ke tidak , korang boleh tengok dekat sini

Kena pandai memilih warna theme blog yang sesuai .
HAAA.... yang ni kita kena jadi klon designer jugalah . sebab dari segi kecomelan dan warna tona blog yang blogger pandang dulu . aku syorkan korang guna warna lembut macam pink , purple , blue , grey and warna hitam pun boleh juga ;DD mesti comel kan ? jadi , jangan ikut selera sendiri juga . kena juga tengok selera orang lain juga :)

Pastikan kalau letak lagu , ada button 'pause'.
ada satu blogger tengah blogwalking dekat blog korang tiba-2 dumm bunyi muzik rancak dari blog korang . dia pun terkial-2 cari button pause tapi takda ! so dengan dukacitanya dia tutup tab -,-'' tak ke sadis ? kalau boleh guna lah youtube player ataupun dumper music :) . and dari segi lagu pula , letaklah lagu yang lembut-2 . sejuk saja blogger singgah blog korang and feel dapat masuk kalau baca entry blog korang . 

Jangan jadi copycat ya !
HAAA... ini yang jadi isu panas dalam arena blogging ni . ada blogger A copy blogger B . kiranya dorang tiru cara blog yang dia nak tiru tuu #ayatakupelik . even blog tu cantik dan comel , jangan sesekali copy . kalau nak , minta permission (itupun owner tu bagi) . tapi kalau minta elok-2 , insyaallah bagi :) and janganlah lupa credit kepada dia . kesian dia susah-2 buat kan :) ? and jangan sampai korang kena serang dengan owner sudah !

Behave yourself .
Yes , i know zaman sekarang gunakan blog sebagai luahan hati atau bahasa kampungnya ''diary'' harian korang . tapi korang kena faham , bahasa kita kena jaga juga . jangan lepas segala-gala yang tak patut . cuba bayangkan orang lebih tua baca blog kita ni . mesti dia pandang serong dekat kita bukan . so , update blog mestilah pandai berkias dalam berkata- kata betul tak :) 

Masuklah group-2 blogging untuk promote blog korang .
aku syorkan korang masuk BBB ! :D hehehe . best masuk group tu sebab diorang dalam group sangat sporting dan akan membantu korang dalam hal blogging ni . so nak masuk , klik dekat sini . kalau korang promote blog korang , mesti dapat tingkatkan follower and readers pada waktu yang sama :) selain itu juga dapat merapatkan hubungan sesama blogger . dah gaya macam satu family tauu :3 so , jom join group BBB !

oklah . inilah antara tip-2 yang dapat aku bagi dekat korang yang masih panas keluar dari oven ni untuk menjalankan hidup dalam blogging ni ;D kalau ada yang tersalah , jangan segan tegur ya . ini semua pandangan saya sahaja :D . oklah setakat ini sahaja . bye dan assalamualaikum . 

nota muzik : aku rasa nak buat kek batik ? lapaaaa =____=''

Saya sayang orang yang baca entry saya !

No comments:

Post a Comment

Berani kerana benar , takut kerana salah .