Wednesday, August 24

Luar pakai tudung , fb hilang semua , apa cer ni ??


Assalamualaikum semua . ok kita straight to the point . aku sebenarnya dah pendamkan pasal benda ni tapi erm , takut nak publishkan . tapi tak kisahlah asalkan aku dah melaksanakan tanggungjawab aku sebagai muslimah untuk menegur kaum aku sendiri . so , kepada yang membaca ni , silalah ambil pengajaran ini untuk sepanjang hidup kita ini . 

ya , kita tahu bahawa facebook merupakan laman sosial paling popular pada zaman moden kita ni . tapi sebab moden dan terlalu banyak orang gunakannyalah ramai yang lupa pasal hukum hakam agama . aku sebenarnya sedikit fed up dan kecewalah dengan kalangan muslimah zaman sekarang . cuba bayangkan , secara realiti , dia memakai tudung tertutup litup . nampak comel dan ayu sekali . tetapi di fb ataupun di mana-2 laman sosial , tudung dah hilang ke mana dah . tak rasa macam perkara sebegini mempermainkan agama ke ?

ingatlah bahawa rambut itu adalah mahkota kita . sedangkan ratu pun akan memakai mahkotanya pada masa atau majlis tertentu , apatah lagi mahkota yang telah diberikan oleh Allah ini kita patut jaga dan hanya ditunjuk kepada orang yang layak melihatnya . yes ! your future husband ! so korang-2 ni tolong janganlah seksa batin lelaki . mereka tidak sama seperti kita . mereka mempunyai 9 akal 1 nafsu tetapi nafsu yang satu itulah yang mencairkan hati mereka semua dan akan menimbulkan perasaan yang ghairah #ayattalehblah . tetapi itu memang kebenaran . so lelaki , maafkan aku sekiranya ada yang terasa tetapi berdasarkan dari ustazah yang aku tanya , memang sebegitu pun . 

ok macam nilah . kalaulah korang upload gambar dekat facebook freehair , tak terfikir dosa pahala ke ? tidak berasa malu ke kepada Allah ? tidak rasa kita akan menjatuhkan maruah sendiri ke pada waktu yang sama ? ya , aku tahu aku juga tidak sempurna tetapi aku akan mengatakan hak yang betul sekiranya memang sebenar-benarnya betul . bukankah di dalam Al-Quran telah mengatakan perempuan wajib menutup aurat ? mengapa kita mahu berkata ''tunggu serulah , nanti aku pakai tudung..'' . derr , Allah dah seru lama dah . kita je yang hipokrit sebenarnya . kita je yang butakan hati and butakan mata sedangkan dah memang terang-2 dalam Al-Quran .

and sekiranya dah ditakdirkan kita mati awal , dan facebook korang yang penuh dengan gambar tak bertudung tuu akan tetap aktif dan akan menjadi tatapan orang juga sayang oi . lagi parah , tade sapa tau password korang tu . tak ke sadis sebab tade sapa-2 nak delete gambar korang nanti ? kita akan diseksa di dalam kubur tahu tak . semestinya , kita takkan bawa lappy , komputer , wifi , and seangkatan barang canggih dekat bumi di akhirat nanti tetapi amalan baik dan buruk kita yang kita lakukan di dunia . 

so korang , buka hati buka minda . muka kita sangat jelita dan cantik . tetapi apabila kita menutup semua aurat itu lebih indah apabila dipandang dan semestinya wajib ya . dan tudung merupakan identiti muslimah :) kita pergi ke mana-2 akan membawa imej islam kita ini . so korang taknak ke even dekat dalam fb pun ? jadi tekadkan satu azam untuk berubah menjadi lebih baik . 

baiklah . aku harap yang baca jangan terasa . just nak kongsi untuk peringatan kita bersama . baiklah , nak buat kerjasekolah Bahasa Arab . bye dan assalamualaikum :)

nota muzik : Allah sangat mengasihi perempuan sebab itu Allah suruh kita menutup aurat sebab kita ini terlalu istimewa sehinggakan orang yang layak sahaja boleh melihatnya :)


Saya sayang orang yang baca entry saya !

2 comments:

  1. betul tu.
    sedih tengok kawan2 uplod gambar yang erkkk.
    hmmmmm

    ReplyDelete
  2. @Wanitau tape . moga-2 kita dapat menjadi muslimah yang lebih baik dari hari ke hari .

    ReplyDelete

Berani kerana benar , takut kerana salah .