Monday, July 4

Tangisan bukan beerti lemah :')

Assalamualaikum dan selamat sejahtera aku ucapkan kepada pembaca yang sudi membaca blog yang sudah bersawang ini . Sekian lama aku telah pergi meninggalkan dunia blogging seketika kerana urusan persekolahan yang aku hadapi hampir tiap-tiap hari . Pada hari ini aku ingin mengulas sesuatu perkara iaitu :

Percaya ataupun tidak perempuan akan sentiasa mengalirkan air mata ? 
Percaya tidak hidup kita pasti akan ada orang memusuhi kita ?

Sebenarnya , aku cuma terbaca banyak artikel di laman web tentang hal-hal yang telah dijelaskan di atas . Jawapan kepada soalan pertama aku , Ya , sekeras hati bagaimanapun perempuan itu akan mengalir juga air matanya . sifat lembut hati adalah sifat semulajadi wanita . jangan dipermainkan perasaan perempuan kerana perempuan sangat penuh dengan air mata . perempuan ibarat botol . botol yang ''fragile'' . maka kita harus pandai menjaga botol tersebut daripada pecah :) 

Namun begitu , tangisan wanita bukan membawa maksud mereka adalah lemah tetapi mereka cuba mencari kekuatan dalam diri mereka untuk menegakkan kebenaran. tambahan pula , wanita akan menangis ketika saat dia memerlukan . jadi , jangan memandang enteng kepada semua ini . perempuan adalah makhluk yang paling istimewa ;D

Kepada soalan kedua pula , Ya , tidak dinafikan . Tidak semua orang akan suka kepada diri kita dan jangan kita pula mencuba membenci orang lain . Kelak akan memakan diri sendiri . Semua orang yang memusuhi kita akan sentiasa ada dalam hidup kita sewaktu di sekolah , di universiti , sewaktu anda bekerja , berkahwin , malah mempunyai anak akan ada orang memusuhi kita . jangan biarkan mereka itu akan menghancurkan hidup kita . abaikan dan pekakkan telinga . biarkan ia menjadi satu suntik kekuatan untuk kita menghadapi dugaan . jangan biarkan mereka melemahkan semangat kita . mereka bukan raja yang boleh tahluki seluruh dunia . buat apa harus kita takut ? 

maafkan aku . aku sedikit emosional pada hari ini . aku suka meluahkan perasaan aku sambil memberi motivasi dalam diri ini :D always happy lah dalam hidup ! jangan suram sahaja . baiklah setakat ini sahaja motivasi yang dapat aku lakukan . maafkan aku jika serba kekurangan . assalamualaikum . sayonara ~ 

nota muzik : aku nak jumpa ''penggubah muzik'' T__T 




Saya sayang orang yang baca entry saya !

2 comments:

Berani kerana benar , takut kerana salah .