Sunday, May 6

Syurga buku.

#Jadilah seorang gadis seperti mutiara yang disimpan selamat dalam kotak hadiah (Why must kotak hadiah? lol). Hanya orang yang mampu saja dapat memilikinya.


Barangkali akan ada orang akan berasa jengkel dengan entry saya yang berbaur peringatan ini. Saya tahu bukannya kita nak tolak peringatan tetapi kita rasa perkara itu boleh bincangkan pada waktu lain. Haha. Tidak mengapa, peringatan ini juga diiringi juga lawak santai yang tak berapa nak santai juga lol. Ok tak apalah abaikan saja bicara kosong yang saya telah hamburkan.


Hari ini buku Hlovate dan Hilal Asyraf menjadi tarikan bagi saya untuk beli di PWTC pagi tadi. Ya, dulu saya gila dengan buku kak Ain Maisarah tapi sekarang . . . . mungkin saya sudah dewasa kerana saya lebih suka sesebuah buku itu merangkumi kehidupan saya sebagai seorang Muslim. Bukan saya kata saya tak suka buku Kak Ain Maisarah tetapi itu mungkin sudah menjadi abadi untuk saya sewaktu saya kanak-kanak dahulu. *Peace no war*


Tapi ada lagi satu buku yang menarik perhatian saya untuk baca. Terima kasih kepada abang-abang promo yang mempromosikan buku tersebut kerana mereka mengatakan buku tersebut sungguh laris pada tahun ini. Jadi, saya pun beli kerana saya yakin mereka akan buat yang terbaik untuk pelanggan mereka. Hehe.


>Blog penulis<
Saya tak percaya bahawa saya akan baca buku yang ada kisah cinta begini. HAHA. Tapi percayalah kerana cerita ini mengisahkan cinta selepas kahwin. Hadis dan juga ayat Al-Quran yang boleh dijadikan panduan kepada kita dan secara umumnya bukan mengisahkan 'love story' semata-mata tetapi untuk mengenal lebih Allah Maha Pencipta. Tak habis baca lagi jadi tunggulah konklusi yang saya dapat rumuskan dalam buku itu. 


Selain itu, saya ada beli buku Alexander Adalah Zulqarnain dan juga buku Benarkah Iskandar Bukan Zulqarnain. Saya baca untuk mengetahui sahaja memandangkan saya selalu juga baca terjemahan ayat surah Al-Kahf jadi tertanya-tanya juga siapakah gerangan Zulqarnain yang disebut dalam surah tersebut. Insyaallah, saya akan tanya ustazah saya di sekolah jika saya berasa ragu-ragu nanti :D


Baiklah. Coretan setakat ini sahaja. Mahu habiskan buku novel cinta itu. Mwehehe. Insyaallah, saya akan rumuskan apa yang saya dapat dalam blog nanti. Mungkin lepas exam P2. Insyaallah :) Assalamualaikum.


Nota muzik : Esok tak sekolah. Tapi P2 ada 14 hari lagi. Dush! Allahu Rabbi.....
Saya sayang orang yang baca entry saya !

4 comments:

  1. Aaaaa ! Suka baca novel yg Hlovate tulis <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe. Samalah suka! Jatuh cinta kepada penanya apabila start baca buku beliau yang bertajuk Terasing walaupun tak habis baca lagi :3

      Delete
  2. Wah :D
    Awak dah dpt beli buku Benarkah Iskandar Bukan Zulqarnain +_+
    Saya nak buku tu tp tak sempat bertandang ke PWTC lg .
    Nanti cerita sikit tentang buku tu boleh ? hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu. Tak apa. Tahun depan boleh pergi PWTC lagi. Insyaallah ^^ Btw, Hazriq yang suggestkan buku itu. Saya beli sajalah. Insyaallah saya akan ceritakan apa yang saya dapat nanti :D

      Delete

Berani kerana benar , takut kerana salah .